Sabtu, 31 Januari 2009

Makan-makan

Kali ini aku nak citer pasal tempat makan kat Kuala Rompin lak. Yelah..kan nak datang sini jauh..dah sampai tu rasa lapar lah..nak minum lah..kalau perut tak kenyang..macam2 hal jadi kang..SO..sebelum ada yang mengamuk..baik cari tempat makan dulu..

Kalau makan sambil menikmati keindahan pantai..ha...gi lah kat PAntai Hiburan. AKu pun tak tau nape ade 2 aje tempat makan yg orang muslim boleh pegi kat sini. Walhal tempat punyalah beso..pengunjung ramai..tempat makan boleh juga jadi satu tarikan suruh orang datang untukk meramaikan tempat kita..

Sebenarnya dua-dua gerai aku suka..sebab ada dua aje gerai...tapi kalau dari segi keunikan, haaa...ada satu gerai yang best..

tuan punya gerai ni memang kreatif. Ada kipas dari buluh, post lampu dia buat dari paip PVC.. pas tu ada bola2 plastik gantung2 kat pokok.. tapi masa aku amik gambar ni..musim angin kuat..kalau tak ade dia letak kipas platik boleh pusing bila angin tiup..kalau dia tak cabut kipas ni..mau tercabut kena kepala orang...
Kerusi dia pun memang unik. Dia kutip kayu2 pallet yang jatuh dari kapal..tersadai di pantai pada musim air naik. CAntik....
Nama gerai ni 'Kolek Kafe' . Koleh tu pun tersadai kat pantai ... tak leh pakai lagi sebab dah bocor...
makan pun boleh tahan..idak le mahal macam kafe starbuck tu..ada nasi lemak, mee sup, nasi goreng, keropok lekor, ubi, pisang...
Lagi satu yang paling aku suka sebab BERSIH...haa itu yg paling utama

Tarian Singa

Hari ni hari aku tak kerja..hari Sabtu..jadi aku nak pergi rumah orang kenduri. On the way tu..ternampaklah orang buat tarian singa. Wah..aku terus buat U turn...tapi sebelum tu aku tengok dulu ader ke tak kenderaan dari belakang...keselamatan diri dan orang lain kena utamakan..nanti kena pulak jadi macam dlm suratkhabar Metro hari ini..Well..back to the topic..aku memang suka nor dengan tarian singa ni...aku suka dengan gerak-geri singa yang macam nakal2 tu..pas tu dengar paluan gendang dan cimbal..memang bersemangat betul..

Masa aku terjumpa tarian ni ..diaorang buat dekat worksyop motor..tuan kedai tu siap blessed kete dia sekali..tak penah aku nengok, selalu aku nengok tarian singa kat umah orang ke..kat kedai ke..kat mall ke..

Mula-mula singa tu jalan2 pusing kete tu..pas tu tengok enjin kete..pas tu..siap bunyikan hon lagi...hei..memang menghiburkan lah..nakal tul singa ni..pas tu dia puas hati..dia pun makan lah limau kat atas kete tu...
Dah habis tu aku pun pergi le ke rumah orang kenduri...dah kenyang tu..aku pun balik..on t he way balik, aku singgah kat bandar lak..eh..tarian singa lagi ..kali ni kat restoran pulak. Restoran ni memang ramai orang bukan islam selalu pegi..org asli, cina, india hatta org putih pun...
 memang ramai le yang datang nengok.
siap pasang mercun lagi..dah le ada dua ekor singa lak..huh ..mesti mahal nak bayo ni
antara penonton2 yang sama2 tertarik dengan seni tari tarian singa ini
Balik ke rumah aku pun terus cari maklumat tentang tarian singa ni dari google. Memang tarian ini tiada kaitan dengan agama..Ia adalah sebahagian tarian tradisional dlm adat warian kebudayaan cina yg mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunaka kostum singa. Kostum ini dipakai oleh 2 org penari iaitu di hadapan (kepala) dan belakang (ekor). Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, mercun dan simbal.
TArian singa ini ada 2 iaitu Tarian Singa Selatan yg lebih membawa perlambangan alam sekitar dan Tarian Singa Selatan yang menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata lebih besar daripada Tarian Singa Utara. Ia mempunyai cermin dan sebatang tanduk di hadapan.
Selalunya tarian ini dipesembahkan sebagai istiadat membuang semangat jahat dan meminta tuah.
Catatan pertama tentang tarian ini adalah pada masa DInasti Ching. Menurut kepercayaan org cina, singa melambangkan kebahagiaan dan kesenangan. Jadi tarian ini dipercayai satu pertunjukkan yang membawa keuntungan.
Jadi selalunya bila ada keramaian ke..bila nak rasmi restoran,kedai ke.. memang diaorang jemput tarian ni..yelah..kalau dah bising-bising bunyi gong lah..bunyi simbal lah..gendang lah..jadi suma orang datang tengok..jadi untunglah tuan kedai..tak payah iklan2 lagi yang dia dah bukak kedai... 

Selasa, 27 Januari 2009

Menggunakan internet secara positif

Internet memang banyak kegunaanya. Baik untuk mendapatkan berita, berkomunikasi dengan emel, bersembang menggunakan chat dan mencari maklumat. Baru-baru ini saya telah berjaya berhubung semula dengan kawan2 sekolah menengah yang telah saya tinggalkan selama lebih 20 tahun. Jika tidak kerana kemudahan internet, peluang untuk berhubung semula dengan member yang dah berselerak di seluruh MAlaysia, dan ada juga yang dah keluar negara..mungkin hampir ke mustahil
Namun, internet juga ada keburukannya, terutama kepada kanak2 yang masih belum tahu erti baik dan buruk. Persoalan ini sering timbul di fikiran saya tiap kali anak2 saya ingin melayari internet. Anak2 saya yang berusia 11 tahun dan 14 tahun memang boleh duduk berjam2 di hadapan komputer menghiasi laman friendsternya. Terbaru, dia bertanyakan apakah blog? Lalu saya menerangkan kegunaannya dan dia nampak berminat untuk mempunyai satu blog.
Memang ianya baik kerana ia dapat mengasah bakat penulisan mereka dan menjadikan ia lebih kreatif dengan mengisi gambar2 , muzik dan video. Namun bagaimana hendak menjadikannya selamat dari pemangsa2 dan bahan2 lucah ? Nasib baik saya telah terjumpa dengan laman web ini http://www.esecurity.org.my/kid-info.htm
Dalam web ini anda akan diberitahu apakah erti spam, blog safe, spyware, virus dan worm (cacing) dan cyberbulliying. Ia nya terdapat dalam versi melayu dan inggeris.

Sabtu, 24 Januari 2009

Ada apa di Kuala Rompin?

Hari ini saya nak bercerita pasal Kuala Rompin. Mana yang masih tak tahu Kuala Rompin, boleh nengok peta ini. Ya..ia terletak di hujung negeri Pahang, bersempadan dengan Negeri Johor di bahagian timur

Jadi kalau travel dr KL..ambil Plus highway, masuk ke exit Senawang dan terus menuju ke Batu Kikir. Dari sana ada simpang ke kanan dan anda akan sampai ke Muadzam Shah dalam masa 2 jam. Teruskan perjalanan anda dan anda akan sampai ke Kuala Rompin 45 minit kemudian.

Kalau travel dari Johor, lagi senang. Dari JB ambil jalan ke Kota Tinggi dan teruskan perjalanan sampai ke Mersing. Kemudian jalan lagi..dan anda akan sampai ke Kuala Rompin 45 minit kemudian. YA..tiada simpang kanan atau kiri di sini melainkan bila tiba di bandar Mersing..just follow the signboardlah...

Dah berjam2 dalam kereta, mesti penat kan?? Jadi kita cakap pasal makan dulu. Umumnya dah tahulah yang Kuala Rompin ni famous dengan udang galah. Jadi kita nak makan udang galah la


















Orang kata kalau nak tau mana gerai yang makanannya sedap, tengok kat mana drebar lori selalu singgah makan. Ha..nengok tu, lori tu parking baik punya..kat tempat makan jual udang galah..Tempat ni namanya Kg Leban Condong. Kedudukannya, kalau dari Muadzam Shah tadi..sebelum sampai Kuala Rompin..ada simpang 3. Jadi, di situlah Kg Leban Condong.
Semua gerai sini memang jual udang galah. Jadi jangan pilih2 gerai lah..masuk aje..mintak udang galah masak merah. Fuh..tangkap leleh you...sori gambar tak de sebab saya tak singgah makan..saya makan kat rumah... tapi orang-orang ni..makan kat situ..

























Selain dari itu, ada jugak gerai jual jajan, bola maenan, biskut2, roti2, minuman..

















Jadi itu lah sahaja entry kita kali ini. Nantikan entry berkenaan dengan Kuala Rompin di episod ke dua pulak....



Khamis, 22 Januari 2009

Gerhana matahari akan berlaku pada raya cina ni..

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Jan ini.Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Gerhana Matahari Anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia.Dalam satu kenyataannya, Angkasa berkata fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari."Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila Bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai 'sentuhan pertama' iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa."

Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Jan ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem "SOS Planet" di Teater Angkasa pada 5 petang dan Tayangan Laser "The Legend of the Night Sky".Orang ramai juga boleh menyaksikan Pameran Gerhana Matahari dan menyertai pelbagai aktiviti lain secara percuma menerusi Program Harian Gerhana Matahari Separa pada 20 hingga 30 Jan ini di tempat yang sama.Menurutnya, tujuan menganjur program ini adalah untuk memberi pendedahan sekali gus menanam minat terhadap astronomi di kalangan rakyat Malaysia selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui laman web www.angkasa.gov.my. ----BERNAMA

Selasa, 20 Januari 2009

Bagaimana Israel Menguasai Palestin

Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya ‘terkebil-kebil’ mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV. Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja.
Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.
Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.
Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.
Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.
Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu ‘bahan ratahan’ tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.
Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.
Adakah harapan buat Obama?
Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.
Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.
Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.
Kerdilnya negara Arab
Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.
Akhirnya negara Arab hanya menjadi ‘pengguna’ setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan ‘izzah’ (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.
Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.
Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.
Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.
Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.
Mula tergadai
Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.
Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.
Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.
Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.
Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.
Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian.

Sumber : Harakahdaily.net

Isnin, 19 Januari 2009

Poskan blog terus dari Emel Yahoo


Hari ini aku telah mendapat ilmu baru , di mana aku boleh terus poskan catatan dalam blog melalui emel yahoo. Ketika pos ini ditaip, ia ditaip daari emel yahoo... lepas aku tekan send, ia akan terus masukke draft folder di dalam blog PPIK kuala rompin...

Okey lah tu, tak susah sangat nak updatekan blog ni. Tapi nak buh gambo ajer lah yang kena masuk gak ke blog. Sajer je aku masukkan post ni dalam fail draft dulu..nak tengok semula nanti..kalau terus posting...kut salah ke apa ke..kan malu...

Okey..nak tekan send ni...

Mastura bt Kamarulzaman
Penyelia PPIK
Perpustakaan Awam Kuala Rompin
26800 Kuala Rompin
Pahang
Tel No. 013 7071997

Khamis, 15 Januari 2009

Scanner bermasalah..

Ari tu, SC saya pulak beri tugasan yang mana saya kena SCAN tugasan itu dan email kepadanya. SCAN ?? Saya tak penah pun buat scan ni kat printer tu..ntah boleh ntah tidak...Tekan2..usik sana usik sini..hmmm dah agak dah..memang tak boleh. Inform SC..SC jawab..scan tu memang bermasalah..so saya kena selesaikan sendiri...Dah..macamana nak buat ni ??Hmm.. tak apa..mula-mula bukak buku manual dulu...ikutkan step2nya...AH...mana pulak option UPDATE ni..kata ada dalam Start Program.. tak ada pun ???..AH...agaknya kena reload Full Program kut...hmmm...okey kita cuba...kena remove yang ada ni..pastu reload full program....pastu tunggu ..sampai program habis wat keje dia..wah lama gak ni..gi lunch dululah..(2.00pm) Okeh.. dah habis dah..kita nengok dalam Start program..Ahhh..dah ada Update button... Klik...klik..klik.... ish...apasal tak boleh ni ?? Hai kena telefon HP Customer servise nampaknya...


Oh Baik sungguh lah HP Customer Servise ni..memang dia tolong sungguh-sungguh..sampai bila credit saya habis..dia telefon semula...wow ini yang dikatakan Superb Customer Service...Ish ..lama gak customer service tu melayan kerenah saya..sampai dah pukul 5.00pm. Ni nak balik dah....Esok pagi sambung balik. Dia call pulak tu...maka nak dipendekkan ceritanya...sebab saya pun dah lupa apa yang saya cakapkan dengan Willy..si Customer Service tu...lepas beberapa kali remove program..reload semula..tekan sana tekan sini..remove semula..download software lain...tak cukup lagi download driver pulak...Aih..serius bebenor masalah scanner aku ni...dan selepas berapa lama menunggu entah...Habis dah hari kedua....Sambung lagi hari ketiga......customer service tu call lagi.. nak selesai kan masalah scanner ni..nak bagi dia boleh guna jugak... Selepas klik sana klik sini boleh dah update...masalah nya adalah Firmware yang berlainan...tak betul..download pulak firmware yang lain...Alhamdullillah..boleh guna dah....wah..syok sungguh rasa dapat menyelesaikan satu masalah teknikal...Jadi saya dengan gumbiranya.. menggunakan scanner dan hantarlah tugasan yang SC suruh tu....Situ dah habis 3 hari.. lagi 2 hari saya kenalah mengajar student yang tertangguh..update dalam database..update dlm rekod..kemas kini rekod-rekod..promosi lagi...Demikian lah sedikit antara tugas-tugas penyelia kat PPIK ni...

Selasa, 13 Januari 2009

Susun strategi untuk menarik komuniti

Cakap pasal nak susun strategi untuk menarik student datang belajar. Hmmm.. kena buat iklan..Kalu nak buat iklan, ayat kena power kalau tak orang tak nak baca..Penampilan iklan kena menarik...ringkas, padat dan berinformatif... Okeh..dah siap iklan..Maka pergilah saya berjalan ke seluruh bandar, bercakap dengan orang ramai..Idak le bercakap macam penjual ubat tu pulak..bercakap bertegur sapa dengan orang-orang yang saya kenal..bersembang sikit pasal PPIK ni,

ajak join kelas..yelah..kalau sebut internet memang bersepah kedai internet..tapi penuh dengan bebudak main games..bukan guna untuk manfaat. Jadi segelintir mak bapak pandang negatif ke internet ni..Tapi memang pun kalau tak berhati-hati ..gambar2 yang tak senonoh tu omputeh kata ‘just a click away’..aje..kalau tak pun..Tut dia flash kat screen ke..malah dalam friendster sekalipun..masuk friendster ntah sapa2 ..hmm ada pulak gambar tak senonoh.. Okeh.. habis dah bersembang dengan minum air segelas..kita berjumpa pulak dengan Tuk 4, Tuk Penghulu, pergi pejabat YBlah..pergi pejabat Belia lah...Persatuan Wanita lah..pergi ke sekolah-sekolah lah jumpa Pengetua ke.. Guru KoKO ke.....benda-benda ni memang banyak makan masa. Yelah..dah jumpa dengan tuk-tuk ketua..takkan nak cakap sepatah 2 kata aje..kenalah buat PR sikit.. Tapi kalau jumpa cikgu cepat ajer..sebab deme ni tak ada masa bersembang panjang2..nak mengajor lagi ..nak taip-taip lagi..pastu ader mak bapak menunggu giliran nak jumpa pulak... Ater..udah habis hari..maka balik lah saya ibarat burung pulang ke sarang...

Isnin, 12 Januari 2009

Network dah okey..

Assalamualaikum para pengunjung Blok PPIK Kuala Rompin.
Sudah hampir 4 minggu blog ini tidak diupdatekan. Ini kerana saya terlalu sibuk dengan tugas-tugas sebagai penyelia PPIK, seperti mengajar komuniti dan mempromosi PPIK . Bukan lah saya hendak banyak komen..memang telah menjadi tugas saya pun tetapi disebabkan kerana saya baru sahaja join PPIK ini sejak Disember 2008, maka banyaklah benda yang kena saya pelajari dan lakukan sebelum saya nak mengajar orang lain. Lagipun nak menulis blog ni..bagi sayalah.. kena fokus..kalau tak saya tak tahu nak mengayat dengan baik..

Oh ya..pasal mengajor komputer ni nasib baiklah saya mempunyai pendidikan komputer yang boleh dikatakan agak baiklah jugak. Semuanya berkat pengalaman dan ilmu yang telah saya dapat semasa saya bekerja dahulu. Jadi nak mengajar komputer tidaklah menjadi soal sangat. Tetapi hal-hal pengurusan yang banyak saya pelajari. Semasa saya mula masuk bekerja, PC memang dah siap dipasang. Pendawaian juga dah selesai. Tetapi networking pulak belum buat, walhal PC dah sampai sejak Oktober lagi. Nak masuk internet hanya boleh 1 PC, begitu juga dengan mencetak. Tapi, itu bukan masalah besar bagi saya.. kalau ada student nak belajar..saya teruskan juga ..


Akhirnya dalam bulan Januari 2009, barulah pihak yang berkenaan datang untuk membuat networking. Bukan jauh benor pun ,dari Kuantan aje. Nak set up LAN dan printer saya tengok mamat tu buat bukan susah mana..kalau diberitahu kepada saya stepsnya pun saya boleh buat..Sebab dia pun berpandukan kepada manual yang dicetak sendiri...tapi itulah..ilmu yang ada tak nak diajar..bila ada problem..padah....semua nak tunggu orang lain datang selesaikan. Semua ni selalunya menjejaskan produktiviti..