Khamis, 2009 Oktober 15

Cara-cara meletakkan graphic, glitter text ke dalam blog telecentre

Wahai penyelia PPIK.. dah updatekan blog telecentre? Kalau ada penyelia yang tak  boleh log-in, boleh lah rujuk ke posting saya dibawah. Cara memasukkan gambar pun ada ditunjukkan

Kali ni saya nak berkongsi adengan anda semua macamana nak letakkan Glitter Text atau gambar bergerak ke dalam blog telecentre anda.

Mula-mula pergi ke laman grafik kesukaan anda. Contohnya kat sini:




Kemudian, tuliskan apa-apa mesej yang anda suka untuk ditampal pada blog anda :




Kemudian copy kod HTML di kotak yang disediakan:



Buka blog telecentre, login, masuk ke blog dan pergi ke "add new entry'



Di sini, masukkan 'Tajuk anda' dan pada bahagian 'Blog Entri', pilih 'Basic Text Box' dan pilih 'HTML'..Kemudian, paste kan kod HTML yang anda copy dari web glitter ke dalam 'Blog entri'. Tekan
' Update'



Okey..dah siap...Anda juga boleh masukkan apa-apa juga grafik lain yang mempunyai kod HTML dengan cara ini..



Okey..selamat mencuba....

Taip bahagian pos selebihnya di sini


click to create your own

Taip bahagian pos selebihnya di sini

Rabu, 2009 Oktober 14

Layout Facebook

Adakah anda pengguna Facebook? Adakah profile facebook anda muram dan membosankan??



 Atau anda profile facebook anda seceria begini??




atau begini??




atau pun begini?




Ada beratus-ratus layout untuk profile facebook  yang boleh anda pilih melalui Pagerage.com. Layout ini hanya boleh diaplikasi di pelayar Mozilla 3.0 atau 3.5 atau IE 7


 

Untuk memaparkan layout dari PageRage.com ini, terlebih dahulu anda perlu muat-turun  dahulu plug-in nya iaitu yontoo layer



Apadia Yontoo Layer?

What is Yontoo Layers and why do I need to install it?

Powered by Yontoo Yontoo Layers is a web browser plug-in that creates a virtual layer of graphics over your browser window. Once Yontoo Layers is installed, applications such as PageRage will enable users to add content directly over their Facebook page. This appears to have been added directly to the page, however the "layer" is contained within the web browser and has no effect on the underlying page's content.

In order for anyone to view your profile with PageRage layouts, they will also need to install Yontoo Layers onto their own computer. Without Yontoo Layers installed, your profile will appear as a normal Facebook page to the viewer


Dapatkan facebook layout anda di sini..

Log-In Blog Telecentre

Berikut adalah cara2 nak log in dalam blog di telecentre.my. (Klik pada gambar utk besarkan)



Penting !! Kena gunakan Mozilla. Kalau tak, sesetengah function tak akan dipaparkan. Kalau tak ada Mozilla, kena download lah..contoh cam kat atas..


Kalau dah ada Mozilla, masuk ke web telecentre.



Pas tu pergi ke bawah sebelah kiri, tekan di butang 'Senarai Telecentre"



Scroll dan cari nama PPIK anda, dan klik




Kemudian setelah anda masuk ke telecentre anda, tekan 'Blog'



Kemudian paparan seperti di atas akan keluar. Kemudian tekan perkatan 'Login' seperti di atas





Masukkan Nama dan Password seperti di rajah di atas..





Dah pun login..

Cara untuk memposting gambar ke dalam blog anda, ada di tajuk seterusnya..di bawah....

Isnin, 2009 Oktober 12

GAthering Penyelia PPIK Pahang


Gathering ini sebenarnya telah lama diadakan, iaitu pada 2 August 2009. Idea ini timbul dikepala saya apabila kontrak penyelia-penyelia PPIK dikatakan akan tamat pada penghujung bulan September. Oleh kerana ada penyelia yang tidak pernah bertemu, maka dari situlah kami berpakat untuk menetapkan satu tarikh dan tempat untuk beramah mesra.



Tempat gathering ialah di Pantai Cherating, Kuantan. Lokasi yang agak jauh bagi sesetengah penyelia yang datang dari Lipis, Raub dan Rompin namun kami tetap setuju kerana ia tempat yang menarik selain daripada menjadi kunjungan pelancong tempatan dan luar negeri untuk beristirehat. Tapi sebenarnya pada pandangan saya lah..tempat ni tak jauh beza pun dengan Pantai Hiburan di Kuala Rompin, malah Pantai Hiburan lebih cantik. Tak caya?? Tengok kat bawah..

Pantai Cherating



Yang bawah ni pulak, Pantai Hiburan Kuala Rompin








Setelah penat memandu berjam-jam lamanya, kami pun bersua muka sambil menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap yang disediakan oleh penyelia dari Balok, Natisah






Di pertemuan itu, saya berpeluang berkenalan dengan penyelia dari Felda Kemasul, Bentong iaitu Mimi, penyelia dari Damak, Jerantut iaitu Mazlan, penyelia dari Mengkarak, Bera iaitu Suriatie, penyelia dari Jeruas, Raub iaitu Iszaidee, penyelia dari Bukit Nikmat, Bera iaitu Rosmawati dan penyelia dari Pulau TAwar iaitu Norhazwani


Iszaidee memberikan posing atau jelingan, duduk di sebelah Mimi


Penyedia makanan Natisah berbaju hitam, duduk sebelah Wani dan Suriatie



hmm..Lan sempat lagi melayari internet..

Ada selepas makan, ada yang turun ke laut untuk mandi manda..ada yang bersembang dan melayari internet. Hmm..pada masa entri ini ditulis, Mimi telah mendapat kerja lain di Putrajaya, Lan pula dah tamat kontrak. Saya doakan korang berjaya dalam bidang yang korang pilih..dan penyelia-penyelia yang lain kalau dah jumpa haluan masing-masing, harap kami sentiasa di dalam kenangan korang.

Selasa, 2009 September 29

Macamana nak masukkan gambar dalam blog telecenter (lupa nak beritahu..klik di gambor kalau nak tengok lebih jelas..)


step 1. Buat/create 'parent' blog dan 'child blog. Ngaper dia bubuh 'parent' dan anak' blog?? Sebab memang ada emak dan ada anak-anak blog..'"parent' blog ni macam ibu kepada anak-anak blog lah..Entri dlm parent blog ni akan terpapar di bahagian atas sekali dlm blog anda nanti..dia macam penerangan/ringkasan kpd apa yg bakal anda paparkan dlm 'child' blog tu nanti.



 step 2. Tandakan  'tick' macam dlm gambo..Kalau tak 'tick' nanti posting anda tidak akan dipaparkan diblog




step 3.  BUat macam yg dibulatkan dlm gambar dan tekan 'Add' utk create 'child' blog...




step 4. Isikan tajuk entri blog anda..pas tu taipkan ringkasan cerita anda kat ruangan kosong. Anda boleh create lebih dr satu 'child' blog dgn tajuk yg bersesuaian spt tajuk 'Pertanian di tempat saya'..'Ternak Ayam di kawasan saya'..'Sudut Hantaran Kahwin' dan lain2..jadi entri2 tu tak lah bercampur2..



Step 5. Tandakan tick di 3 tempat ini..




Step 6. Tekan 'Update'



step 7. Tekan 'blog' utk lihat paparan entri blog anda



step 8. Untuk menambahkan lagi entri blog anda ..ikut arahan dlm gambar
kalau tak jumpa tanda spt dlm gambar di atas, anda boleh tekanbutang spt dlm gambar di bawah








step 9. Untuk menambah gambar dlm blog/entri, anda kena pilih "Rich Text Editor' utk memaparkan toolbar2 yang berkenaan.



step10. MAlangnya gambar tak boleh diambil dari My Picture di PC anda..anda hanya boleh ambil gambar dari blog lain. Anda boleh juga ambil gambar dari Flikr atau Photobucket menggunakan kaedah yg sama spt yg ditunjukan di atas iaitu..copy URL gambar dari Element properties dan pastekan ke  Image Properties di blog. SIla lihat step 11 utk lebih jelas



step 11. Hightlight URL gambar dr Element properties dan Paste ke Image Properties. ATAU..
Sekiranya entri dan gambar itu diambil terus dari blog yg sedia ada.. anda hightlightkan semua text dan gambar yg nak dipindahkan Copy dan Paste sahaja.. Lihat rajah di bawah step 13.



Step 12.



Step 13. Hightlight semua text dan gambar, copy - paste ke dalam blog telecentre.

Okeylah ..harap2 semua yang mengalami masalah untuk menambah gambar di blog telecentre, terutama Penyelia dr Pahang, dapat memahamilah cara2 spt yg sy tunjukkan di atas. Kalau nakkan penjelasan yg lebih lanjut...silalah telefon 013 9831997..wokey?





Taip bahagian pos selebihnya di sini

Isnin, 2009 September 28

Makan Udang di Kuala Rompin




 










Aiseh..kan geram jer tengok saiz udang yang mereka ni pancing?? Takkan tengok kat sini ajer..meh le weh..turun memancing kat Rompin..tapi saper2 yang alergik kat udang tu..toksah le cari penyakit..kang asyik menggaru ajer..kot tak pun terbersin gatal hidung ker.. aper nak diubat kan??