Khamis, 27 Ogos 2009

Saya Suka Pegi Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum ..

Hari ini masuklah hari ke 6 (Khamis 27/8/09) kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ni penuh dengan rahmat Allah, bagi sesiapa yang menginginkannya... dengan mempertingkatkan amal dan amalan sepanjang masa.

Namun selain dari itu, antara keunikan bulan Ramadhan ni, adalah gelagat manusia. Maksud saya, apa lagi yang hendak dikaitkan dengan berpuasa selain dari pada makan ketika berbuka puasa. Biasalah..kalau perut dah kosong..maka minda mula lah mereka-reka apa yang hendak dimakan berbuka nanti. Meh kita lihat ..








Sebenarnya gambar-gambar ni diambil dari pasar Ramadhan di Taman Melawati dan Kg BAru , pada hari Isnin dan Selasa yang baru ni. Eh..bukan saya yang pegi..tapi makcik Boolicious...dari Kay El.

Makcik Boolicious ni ade blog..yang khas mengambil gambar-gambar makanan di pasar Ramadhan di sekitar KL. Saya suka melihat gambar-gambar yang diambil oleh nya kerana gambar-gambar nya cantik, terang, besar..sehingga kan kalau ada kacang yang kecil-kecil pun boleh nampak dengan jelas.. kalau korang nak pegi melawat ke pasar Ramadhan secara digital..pegilah ke sini..http://masak-masak.blogspot.com/

Tapi jaga-jaga... kalau tak tahan godaan, jangan lah pegi web site dia... dah bagi warning dah ni.. jangan cakap tak kasi warning ...


Taip bahagian pos selebihnya di sini

0 ulasan: