Rabu, 15 April 2009
Apa orang Rompin buat waktu petang ??
Rabu, 1 April 2009
Lemang Periuk Kera
Antar menu yang istimewa dii sini ialah makanan tradisional yang terkenal iaitu Lemang Periuk Kera. Ia boleh dimakan sebagai sarapan atau alas perut. Ia sedap dimakan bersama rendang daging atau ayam


Taip bahagian pos selebihnya di sini
Selasa, 31 Mac 2009
Keropok Lekor Rompin
Makcik Su merupakan salah seorang pengusaha keropok lekor di Rompin. Rumahnya terletak di Bandar Lama juga merupakan tempat di mana dia menjalankan perniagaannya.
Ikan yang digunakan untuk membuat keropok ialah ikan tamban. Oleh kerana Bandar Lama merupakan tempat bot-bot ikan berlabuh, maka kerja untuk mendapatkan ikan terus dari bot adalah senang.Jumlah ikan yang selalu dibeli mengikut jumlah yang mampu dibawa ke rumah dan bergantung juga kepada bekalan yang dibawa oleh tokey bot.
Setelah ikan dibersihkan, ikan dimesin sehingga hancur. Kemudian Makcik Su akan menggaulkan dengan tepung ubi , garam dan bahan perasa lain. Setelah itu, Makcik Su akan menguli adunan tadi dan digolek-golekkan menjadi batang-batang yang bulat. Saiznya mengikut harga dijual. Ada yang sebatang RM2.00 dan ada yang dijual RM1.00 sebatang.
Sesiapa yang nak bawa ole-ole keropok ke rumah, silalah hubungi penyelia atau penulis cerita ini. Sekian
Rabu, 25 Februari 2009
Memancing di Chalet Kg Merchong
Back to the topic. Ari ni nak tulis pasal satu lokasi yang menjadi secret kepada pemancing2 tegar...Welcome to Chalet Kg Merchong. Sebenarnya kampung ni dah dalam daerah Pekan dah..tapi kalau dari Bandar Rompin cuma 1/2 jam ajer...Lokasi 100km from Kuantan, 323 km from KLand 300km from Johor.
Tempat ini mempunyai tarikan tersendiri dengan alam semulajadi, dekat dengan laut dan muara sungai. Pemancing2 seharusnya akan menjadi lebih riang dan tersenyum girang dengan keadaan tempat ini kerana membayangkan hasil tangkapan yang best2 dan pengalaman yang pasti dicemburui oleh rakan2 pejabat.
Antara kemudahan yang disediakan adalah:
1. Memancing di sungai atau di laut
2. River cruising - RM2.00 seorang
3. River trip - RM80.00 sejam max 8 orang per bot fiber
4. Menjala/menyuluh udang - RM250.00 2-3 jam (max 6 orang per bot)
5. Menangkap/menyuluh ketam - RM250.00 2-3 jam (max 6 orang per bot)
6. Melihat kunang-kunang
7. Hari Keluarga
8. Bilik Seminar
9. Bilik penginapan (a/cond atau biasa)
10. Kem motivasi
11. Jungle trekking
Chalet :
RM60.00 /room (a/c)
RM45.00 / room (kipas)
RM 35.00 / room (day use maximum 4 hrs)
Sewa bot:
Laut: (32 kaki) RM950.00 max 7 orang ,(32 kaki) RM600.00 max 5 orang
(daily) termasuk pemandu dan minyak (fiber)
Sungai :RM80.00 - 200.00 tidak termasuk pemandu dan minyak (fiber)
Tongkang: RM1,000.00 (laut) 2 hari 1 malam
Pakej bot: RM200.00 seorang, 1 hari (minimum 8 orang) termasuk chalet dan makanan
Wei..ader banyak lagi kemudahan...fishing equipmentlah, tapak khemah, khemah, kayak, seminar room, family day dan yang paling penting......DISCOUNT!! Nak tau???
call Chalet Kg Merchong
26680 Pekan, Pahang
09 417 0778
chaletmerchong@yahoo.com
En Kamar 013 9315214
Pn Zalina 012 9011506
Sabtu, 31 Januari 2009
Makan-makan
Kali ini aku nak citer pasal tempat makan kat Kuala Rompin lak. Yelah..kan nak datang sini jauh..dah sampai tu rasa lapar lah..nak minum lah..kalau perut tak kenyang..macam2 hal jadi kang..SO..sebelum ada yang mengamuk..baik cari tempat makan dulu..
Kalau makan sambil menikmati keindahan pantai..ha...gi lah kat PAntai Hiburan. AKu pun tak tau nape ade 2 aje tempat makan yg orang muslim boleh pegi kat sini. Walhal tempat punyalah beso..pengunjung ramai..tempat makan boleh juga jadi satu tarikan suruh orang datang untukk meramaikan tempat kita..
Sebenarnya dua-dua gerai aku suka..sebab ada dua aje gerai...tapi kalau dari segi keunikan, haaa...ada satu gerai yang best..
Sabtu, 24 Januari 2009
Ada apa di Kuala Rompin?
Jadi kalau travel dr KL..ambil Plus highway, masuk ke exit Senawang dan terus menuju ke Batu Kikir. Dari sana ada simpang ke kanan dan anda akan sampai ke Muadzam Shah dalam masa 2 jam. Teruskan perjalanan anda dan anda akan sampai ke Kuala Rompin 45 minit kemudian.
Kalau travel dari Johor, lagi senang. Dari JB ambil jalan ke Kota Tinggi dan teruskan perjalanan sampai ke Mersing. Kemudian jalan lagi..dan anda akan sampai ke Kuala Rompin 45 minit kemudian. YA..tiada simpang kanan atau kiri di sini melainkan bila tiba di bandar Mersing..just follow the signboardlah...





Selain dari itu, ada jugak gerai jual jajan, bola maenan, biskut2, roti2, minuman..

Jadi itu lah sahaja entry kita kali ini. Nantikan entry berkenaan dengan Kuala Rompin di episod ke dua pulak....
Jumaat, 26 Disember 2008
Selamat Datang ke Daerah Kuala Rompin
Ketika ini daerah Kuala Rompin adalah terkenal dengan aktiviti memancing di sungai dan laut samada di dalam mahupun di luar negara. Kedudukan daerah yang berhampiran dengan alam semulajadi - laut, hutan dan sungai, menjadikan Kuala Rompin terkenal dengan aktiviti lasak seperti 4WD, meneroka taman negeri Endau - Rompin serta Pulau Tioman. Udang galah juga merupakan tarikan utama di Kuala Rompin ....
Bersantai di Bandar Udang Galah
Kuala Rompin semakin pesat dengan pelbagai aktiviti laut dan darat serta keindahan persekitaran yang menyegarkan pasti memikat pelancong

Tumpuan pelancong antarabangsa kini bukan saja untuk menikmati udang galah di bandar itu, sebaliknya mencuba gelanggang Laut China Selatan yang menempatkan ikan layaran serta marlin untuk dipancing. Hobi memancing ikan layaran dan marlin menjadikan Kuala Rompin pusat sukan memancing baru yang menarik, malah dikatakan ikan layaran besar pernah ditemui di perairannya.

Laut China Selatan yang terbentang dan mempunyai beberapa lubuk ikan seperti Karang Do, Karang Cha, Karang Bubu, Batu Kerapu, Tukun Tayar, Batu Tok Keramat menjadi tumpuan kaki pancing kategori laut. Mereka bukan sekadar memancing sebaliknya kaki pancing mencari kemahiran atau keseronokan berada di tengah lautan yang membiru.
Jajaran pantai yang indah, bersih dan tidak tercemar menjadi bukti apabila berkunjung ke Pantai Hiburan Rompin. Sebagai pantai destinasi pelancongan keluarga dan tempat riadah, Pantai Hiburan Rompin menyajikan pelbagai pertunjukan hiburan khususnya pada hujung bulan ataupun sambutan sesuatu perayaan seperti Hari Merdeka, Hari Belia, Hari Pekerja dengan pertunjukan kesenian.

Deretan pohon ru itu juga dikatakan menjadi punca nama "Rompin" yang dikenali pada hari ini. Ia sentiasa sesak dikunjungi pelancong.Rompin Fest, yang dahulunya dikenali Pesta Rompin dinanti-nantikan penduduk tempatan. Rompin Fest diiktiraf kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, yang memasukkan aktiviti Rompin Fest ke dalam kalendar pelancongan Pahang serta negara sebagai satu daripada produk pelancongan dan tempat yang wajar dikunjungi bagi melihat perkembangan bandar dan daerah itu.Pelbagai aktiviti seperti sukan rakyat, permainan tradisional, pertunjukan kebudayaan, kesenian, pameran, hasil kraftangan, makanan tradisional, jualan ditunjukkan untuk tontonan orang ramai. Dengan pelbagai tema, Rompin Fest masih mengekalkan konsep hiburan dan rekreasi keluarga.
Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil laluan Kuala Lumpur-Bahau-Muadzam Shah-Rompin-Taman Negara. Dengan perjalanan kira-kira empat hingga empat jam setengah, tindakan anda mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin berbaloi. Dari Kuantan ke Rompin pun, kira-kira dua jam perjalanan.Kejernihan air dan jeram berbatu
JIKA anda dari Johor Bharu, anda hanya perlu ke Mersing-Tanjung Gemok, kemudiannya ke bandar Kuala Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Selendang Satu dan beberapa minit kemudiannya anda sudah memasuki Taman Negeri Endau-Rompin.BOT sedia menunggukaki pancingdi Kuala Rompin.Taman Negeri Endau-Rompin berpusat di Kem Geruggul dan di situ juga letaknya pertemuan Sungai Endau dan Sungai Sekinchin yang tenang, damai dan sejuk mata memandang. Kejernihan airnya dengan sedikit jeram berbatu untuk mandi dan berendam lama di airnya yang ternyata sejuk.
Rumah rakit yang terdapat di sepanjang Sungai Rompin juga menjadi tumpuan, dengan pelbagai tujuan termasuklah menikamti suasana malam di rumah rakit, memancing ataupun meninjau kehidupan Sungai Rompin secara semula jadi.Rumah rakit milik Orang Asli menampakkan ciri-ciri tradisional dengan penggunaan daun nipah sebagai atap dan dindingnya, termasuklah alat tangkapan ikan dan udang tradisional seperti bubu dan geluguh digunakan secara meluas oleh masyarakat Orang Asli di sepanjang Sungai Rompin itu.
Kuala Rompin turut menjadi pilihan kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak. Malah banyak aktiviti sukan peringkat negeri dan kebangsaan dijayakan dengan baiknya di sini. Penganjuran sukan lasak seperti pacuan empat roda 4x4, Canoe Fest, sukan angkat berat, motosikal lasak, berbasikal dan woodball sering berlangsung sama ada di Kuala Rompin, Muadzam Shah, Lanjut Golden Beach Resort, Summerset At Rompin, Pulau Tioman, Sungai Rompin mahupun Taman Negeri Endau Rompin.
Isnin, 22 Disember 2008
Fakta Menarik Tentang Kuala Rompin
Jolokan nama ‘Bandar Udang Galah’ diberikan kepada Kuala Rompin oleh Jabatan Perikanan Negeri Pahang kerana sumbangan daerah itu yang mampu menghasilkan udang galah semula jadi daripada sungai utamanya, Sungai Rompin serta dapat menghasilkan benih udang galah baka baik.
Taman Negeri Endau-Rompin meliputi kawasan seluas 40,197 hektar diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal yang mempunyai topografi yang berbukit bukau, menarik, nyaman serta terdapat tumbuh-tumbuhan dan haiwan seperti badak sumbu, harimau, gajah, rusa, termasuk binatang yang hampir pupus seperti ‘babi janggut’ dan burung. Hutan ini juga menjadi pusat penyelidikan hutan tropika, di samping pusat rekreasi keluarga.
Pihak swasta turut membangunkan kawasan pantai Rompin dengan kemudahan penginapan dan tarikan pelancongan. Ini termasuklah Rompin Beach Resorts (RBR), Lanjut Golden Beach Resorts, Summerset At Rompin, Rest House Kuala Rompin, Rumah Rehat Persatuan Nelayan Rompin, Hotel Seri Malaysia di Tanjung Gemok. Di Pulau Tioman terdapat Hotel Berjaya serta beratus-ratus rumah rehat dan chalet yang dibangunkan penduduk tempatan di Pulau Tioman.
Menurut beberapa catatan sejarah, sejumlah kapal dan jong milik pelayar China, Portugis, Belanda dan British East India Company dipercayai pernah berlabuh di sini. Malah pada Sudut Muzium Pulau Tioman terdapat juga catatan tentang penemuan kapal dan jong yang tenggelam itu serta beberapa penemuan artifak purba oleh penduduk tempatan.
Pada 31 Julai 1976, Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dan memasyhurkan daerah Rompin sebagai sebuah daerah penuh serta menjadi daerah ke-9 dalam negeri Pahang Darul Makmur.
Ahad, 21 Disember 2008
Laman Web Menarik
Berikut adalah beberapa laman web yang boleh dilayari untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika melawat ke daerah ini.
1. Laman web virtual travel
http://www.virtualtourist.com/travel/Asia/Malaysia/Negeri_Pahang/Kuala_Rompin-1281917/TravelGuide-Kuala_Rompin.html
2. Laman web Pahang Tourism mengenai Kuala Rompin
http://www.pahangtourism.com.my/tropical/index.html
3. Minat trekker ??
http://pahangtrekker.malaysiatrekker.com/kualarompin_hotels.htm
4. Kaki pancing...share pengalaman ini
http://www.pancing.net/index.php?topic=1037.0
5. Laman web taman negeri Endau-Rompin
http://www.pahang-delights.com/endau-rompin-state-park.html
6. Laman web KTAK
http://www.idesa.net.my/
Taip bahagian pos selebihnya di sini
































