Khamis, 27 Ogos 2009

Saya Suka Pegi Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum ..

Hari ini masuklah hari ke 6 (Khamis 27/8/09) kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ni penuh dengan rahmat Allah, bagi sesiapa yang menginginkannya... dengan mempertingkatkan amal dan amalan sepanjang masa.

Namun selain dari itu, antara keunikan bulan Ramadhan ni, adalah gelagat manusia. Maksud saya, apa lagi yang hendak dikaitkan dengan berpuasa selain dari pada makan ketika berbuka puasa. Biasalah..kalau perut dah kosong..maka minda mula lah mereka-reka apa yang hendak dimakan berbuka nanti. Meh kita lihat ..








Sebenarnya gambar-gambar ni diambil dari pasar Ramadhan di Taman Melawati dan Kg BAru , pada hari Isnin dan Selasa yang baru ni. Eh..bukan saya yang pegi..tapi makcik Boolicious...dari Kay El.

Makcik Boolicious ni ade blog..yang khas mengambil gambar-gambar makanan di pasar Ramadhan di sekitar KL. Saya suka melihat gambar-gambar yang diambil oleh nya kerana gambar-gambar nya cantik, terang, besar..sehingga kan kalau ada kacang yang kecil-kecil pun boleh nampak dengan jelas.. kalau korang nak pegi melawat ke pasar Ramadhan secara digital..pegilah ke sini..http://masak-masak.blogspot.com/

Tapi jaga-jaga... kalau tak tahan godaan, jangan lah pegi web site dia... dah bagi warning dah ni.. jangan cakap tak kasi warning ...


Taip bahagian pos selebihnya di sini

Isnin, 24 Ogos 2009

Pelayar / browser mana yang anda gunakan??

Masih menggunakan browser IE untuk surfing internet?? Tahu tak selain dari IE, ada pelayar yang lagi best, macam Mozilla, Google chrome dan Opera.

Tapi hari ni saya mencuba satu lagi pelayar iaitu Safari 4.0



Sebenarnya Safari ini adalah pelayar untuk Mac dan dibangunkan oleh Apple Inc. Oleh keran atidak mahu ketinggalan dlm persaingan web browser ini, Apple telah tampil dengan safari 4.0  untuk versi PC selain dari cuba meluaskan pengaruhnya kepada pengguna perisian Windows. 


Apa yang saya suka pada Safari 4.0 ini ialah kelainannya yang yang sangat cun!!!! Kalau anda telah biasa menggunakan browser Chrome atau Opera, maka tidak susah bagi anda untuk mencuba browser yang canggih ini. Setiap laman web kegemaran anda akan tercetak di page 'Top Site'.
Kalau di Opera atau Chrome mungkin anda hanya dapat menyimpan 6 laman kegemaraan tetapi di Safari anda boleh menyimpan 3x ganda. Pada processor 1G di PC atau lappy anda, kepantasan Safari 4.0 untuk muat turun laman web dari Top Sites  memang sangat memuaskan hati saya.

Cara Mengguna:
1. Download terus dari web site apple : www.apple.com
2. Klik 'Instal' (saiz fail hanya 27.2Mb)
3. Boleh terus guna (atau mahu saya tunjukkan step by step?? )

So..jangan biarkan kreativiti anda terhenti di Internet Explorer..biarkan ia berkembang dengan aplikasi di dalam Safari 4.0