Ketika ini daerah Kuala Rompin adalah terkenal dengan aktiviti memancing di sungai dan laut samada di dalam mahupun di luar negara. Kedudukan daerah yang berhampiran dengan alam semulajadi - laut, hutan dan sungai, menjadikan Kuala Rompin terkenal dengan aktiviti lasak seperti 4WD, meneroka taman negeri Endau - Rompin serta Pulau Tioman. Udang galah juga merupakan tarikan utama di Kuala Rompin ....
Bersantai di Bandar Udang Galah
Kuala Rompin semakin pesat dengan pelbagai aktiviti laut dan darat serta keindahan persekitaran yang menyegarkan pasti memikat pelancong
Tumpuan pelancong antarabangsa kini bukan saja untuk menikmati udang galah di bandar itu, sebaliknya mencuba gelanggang Laut China Selatan yang menempatkan ikan layaran serta marlin untuk dipancing. Hobi memancing ikan layaran dan marlin menjadikan Kuala Rompin pusat sukan memancing baru yang menarik, malah dikatakan ikan layaran besar pernah ditemui di perairannya.
Laut China Selatan yang terbentang dan mempunyai beberapa lubuk ikan seperti Karang Do, Karang Cha, Karang Bubu, Batu Kerapu, Tukun Tayar, Batu Tok Keramat menjadi tumpuan kaki pancing kategori laut. Mereka bukan sekadar memancing sebaliknya kaki pancing mencari kemahiran atau keseronokan berada di tengah lautan yang membiru.
Jajaran pantai yang indah, bersih dan tidak tercemar menjadi bukti apabila berkunjung ke Pantai Hiburan Rompin. Sebagai pantai destinasi pelancongan keluarga dan tempat riadah, Pantai Hiburan Rompin menyajikan pelbagai pertunjukan hiburan khususnya pada hujung bulan ataupun sambutan sesuatu perayaan seperti Hari Merdeka, Hari Belia, Hari Pekerja dengan pertunjukan kesenian.
Deretan pohon ru itu juga dikatakan menjadi punca nama "Rompin" yang dikenali pada hari ini. Ia sentiasa sesak dikunjungi pelancong.Rompin Fest, yang dahulunya dikenali Pesta Rompin dinanti-nantikan penduduk tempatan. Rompin Fest diiktiraf kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, yang memasukkan aktiviti Rompin Fest ke dalam kalendar pelancongan Pahang serta negara sebagai satu daripada produk pelancongan dan tempat yang wajar dikunjungi bagi melihat perkembangan bandar dan daerah itu.Pelbagai aktiviti seperti sukan rakyat, permainan tradisional, pertunjukan kebudayaan, kesenian, pameran, hasil kraftangan, makanan tradisional, jualan ditunjukkan untuk tontonan orang ramai. Dengan pelbagai tema, Rompin Fest masih mengekalkan konsep hiburan dan rekreasi keluarga.
Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil laluan Kuala Lumpur-Bahau-Muadzam Shah-Rompin-Taman Negara. Dengan perjalanan kira-kira empat hingga empat jam setengah, tindakan anda mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin berbaloi. Dari Kuantan ke Rompin pun, kira-kira dua jam perjalanan.Kejernihan air dan jeram berbatu
JIKA anda dari Johor Bharu, anda hanya perlu ke Mersing-Tanjung Gemok, kemudiannya ke bandar Kuala Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Selendang Satu dan beberapa minit kemudiannya anda sudah memasuki Taman Negeri Endau-Rompin.BOT sedia menunggukaki pancingdi Kuala Rompin.Taman Negeri Endau-Rompin berpusat di Kem Geruggul dan di situ juga letaknya pertemuan Sungai Endau dan Sungai Sekinchin yang tenang, damai dan sejuk mata memandang. Kejernihan airnya dengan sedikit jeram berbatu untuk mandi dan berendam lama di airnya yang ternyata sejuk.
Rumah rakit yang terdapat di sepanjang Sungai Rompin juga menjadi tumpuan, dengan pelbagai tujuan termasuklah menikamti suasana malam di rumah rakit, memancing ataupun meninjau kehidupan Sungai Rompin secara semula jadi.Rumah rakit milik Orang Asli menampakkan ciri-ciri tradisional dengan penggunaan daun nipah sebagai atap dan dindingnya, termasuklah alat tangkapan ikan dan udang tradisional seperti bubu dan geluguh digunakan secara meluas oleh masyarakat Orang Asli di sepanjang Sungai Rompin itu.
Kuala Rompin turut menjadi pilihan kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak. Malah banyak aktiviti sukan peringkat negeri dan kebangsaan dijayakan dengan baiknya di sini. Penganjuran sukan lasak seperti pacuan empat roda 4x4, Canoe Fest, sukan angkat berat, motosikal lasak, berbasikal dan woodball sering berlangsung sama ada di Kuala Rompin, Muadzam Shah, Lanjut Golden Beach Resort, Summerset At Rompin, Pulau Tioman, Sungai Rompin mahupun Taman Negeri Endau Rompin.
0 ulasan:
Catat Ulasan