Sabtu, 14 Mac 2009

Hidup cemerlang.. Bagaimana?

Lamanya blog in tak di update. Bukan apa..rasa macam ketandusan idea. Perah -perahkan juga otak ni ..tapi..hai idea tak datang pulak..lama-lama tu..aih..tengok tv lah..mana tau ade benda menarik yang boleh dikongsikan.. Ada lah pulak cerita motivasi dari Dr Fadzillah Kamsah, yang bercerita tentang hidup Cemerlang.
Antara yang sempat saya catatkan dalam lappy adalah:




Berniat sebelum pergi kerja:
1) Nak cari rezeki halal
2) Nak bersihkan diri dari dosa dengan bekerja kuat
3) Nak menjadikan diri lebih baik dari semalam
4) Nak berkongsi ilmu dengan masyarakat
5) Nak menambahkan ilmu
6) Nak mengukuhkan silaturrahim

so..saya pun termenung sebentar... kerja sebagai penyelia PPIK ni banyaklah kebaikannya yerk..? Berkongsi ilmu, mengukuhkan silaturrahim.. yelah..menjadi Guru ni, ramai yang nak kenal... boleh katakan suma point yang dicatatkan adalah menjadi ciri utama Penyelia PPIK ni..
Okey..sambung lagi..

Kalau ada benda baik..lakukan SEGERA, jangan tunggu 48 jam..
Ye.. 48 jam sebenarnya adalah masa yang panjang.. jadi kalau kita tunggu..niat nak buat baik yang berkobar2 tu..akan terpadam dengan sendirinya.

Perangai orang yang Cemerlang:
Manusia ini mempunyai 5 perangai. Jadi yang mana satu perangai yang membentuk perangai Cemerlang??

1) Berperangai manusia
2) Berperangai binatang
3) Berperangai syaitan
4) sifat malaikat
5) sifat Tuhan
Buangkan sifat binatang dan syaitan.. usaha untuk kekalkan sifat Tuhan

Untuk menjadi cemerlang juga, kita perlulah mematuhi 3 perkara:
1) Ikut ajaran Tuhan
2) Ikut nasihat orang bijak pandai
3) Ikut nasihat ibu bapa

Budaya yang perlu dibentuk dalam diri untuk menjadi Cemerlang adalah:
1) Sense of survival
2) Sanggup bersusah payah
3) kenali kelemahan diri dan baiki kelemahan itu
3) Betulkan EQ .. tidak mudah marah, patah semangat, kecewa
4) Betulkan IQ ...banyakkan berdoa

Ujian kehidupan merupakan suatu cabaran untuk kita menjadi lebih kreatif dan sabar. Musibah yang datang sekiranya dihadapi dengan penuh kesabaran, akan diiringi dengan hasanah demi hasanah. Sentiasalah bersemangat. Setia kepada pasangan. Banyakkan kemahiran dan ilmu yang berguna. IStiqamah dengan kelebihan yang ada.. walaupun kita cuma ada 1 sahaja kelebihan.

Bijak pandai berkata, orang yang gagal cuma ada 1 kelemahan tetapi dilakukan berulang kali.


Sekian.




2 ulasan:

NaniRostam berkata...

Inilah yang dikatakan kata-kata hikmat. Biarpun sepicing namun amat menyedarkan.

Bercakap untuk diri sendiri supaya jangan mudah putus asa, jangan mudah hilang semangat, jangan mudah merasa lelah.Jangan ikut perasaan malas.

Mastura berkata...

hi kak nani..teruja sangat dgn kehadiran kak dlm blog saya.Thank you so much