Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda…
"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa Akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt, InsyaAllah...
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu Syurga.
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as;
"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini? Maka berkata Jibril as "Ya… Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Isa: Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara;
MASA HIDUP SEBELUM MATI, MASA LAPANG SEBELUM MASA SIBUK, MASA MUDA SEBELUM MASA TUA, MASA KAYA SEBELUM SUSAH DAN MASA SIHAT SEBELUM SAKIT.
Taip bahagian pos selebihnya di sini
(dari IkutSukaAku.blogspot.com)
Rabu, 24 Jun 2009
Bulan Rejab telah menjelma (24 Jun 09)
Isnin, 1 Jun 2009
Pesta Pantai Kembali lagi....
Acara tahunan di Kuala Rompin telah kembali yeayy!! Macam tahun lepas, pesta kali ini diadakan selama seminggu. Bermula pada 29 Mei dan berakhir pada ahad depan - 7 Jun.
Semalam telah diadakan acara yang pertama iaitu pertandingan memancing. Sorry lah sebabsaya tak ambik gambor masa memancing..panas sungguh ..kat tepi pantai lak tu..tak tahan ...
deretan ikan2 yang ditangkap.. tak banyak yang besor, halus2 ajer..anak2 ikan gitu..
yang besor ikan pari..lupa lak berapa kilo..alah tengok saiz pun tau dah..dalam 1 -2 kilo ajer...hadiah RM5000.00 tu.. berbaloi gak deme berjemuran seharian..nyaris tak jadi orang kering..
duduk berhadapan dgn ikan2 yang digantung adalah pemancing2..tengah tekun menunngu nombornya dipanggil... dah dapat hemper tu udah ler..takkan orang nak panggil lagi??
kat belakang pemancing yang tekun menunggu tu ada orang main layang2. Angin memang best utk main layang2.
kat tepi pemancing yang tekun menunggu tu, orang yang menjual layang2.Best woo...main layang2...kalau tak main pun. main bola tampar ajer lah..
Macam pesta-pesta yang lain..mesti ada yang menjual makanan..ha..nak makan apa?? Semua ada.. kut-kut duit ajer yang tak ada..hik hik...
Lepas makan..boleh main-main lagi kat funfair ni...aku tengok lah..semua permainan kat funfair ni jenis pusing-pusing lah..agaknya manusia ni memang seronok kalau dipusing-pusingkan..sanggup bayar untuk dipusing2 kan.. jangan ko muntah balik dah ler..
berpusing sambil menayang jam seploh hengget..
api satu aa..aku tak puas hati..memang tak puas hati betul kat depa yang menjual belon nih. Memori aku masih jelas dan clear yang rega sebijik belon pada tahun lepas adalah RM5.00....dan aku dah agak dah depa mesti naikkan rega tahun ni... Dah memang le deme ni..Saja je aku nanyakan..mana tahu kut sangkaan aku yg 98% betul ni ..jadi salah ker.. 'Berapa rega belon ni bang?"...disaat dia memberi jawapan dengan bangga le kut "Enam ringgit" aku terus berlalu pergi..nasib baik anak aku ni jenis baik..kalau dia meronta2 sekali pun takkan aku nak bagi duit aku ke mat-mat tamak haloba... Aku kata kan tamak sebab pakcik yang jual belon yang sama kat pekan sehari tu jual RM5.00 jer... boleh pulak?? Huh..jual memahal gitu boleh beli Mitsubishi Evo ke??
Last sekali, part yang paling best adalah merayau mencuci mata di seksyen barang2 jualan... ha ha..aku boleh takat cuci mata ajer.. kalau nak cuci beg duit sampai habis licin tu idok ler...lagipun barang2 biasa ajer..kain baju..kat lemari aku tu berlambak2 lagi.. tak larat nak basuh dan lipat....pinggan mangkuk..hmm family aku ader berapa kerat aje..takkan nak pinggan mangkuk berlambak2..males nak basuh pinggan lah...mainan ..kasut2...tudung ikin...murah tu 3/RM10.00..tikar2 dan memacam lah lagi..
Oh anak aku dah bising nak mainan laptop macam mak dia..jadi..ada baiknya aku bergegas balik dulu. Tak pa, esok tengahari aku jalan lagi sorang2....tak bawak anak2....
Selasa, 19 Mei 2009
Majlis Pecah Tanah Tapak Hospital Rompin
Hari ini menjadi satu sejarah bagi daerah Kuala Rompin. Hari ini DYMM telah pun berkenan untuk merasmikan majlis pecah tanah bagi tapak pembinaan hospital Rompin.Ya!! Setelah sekian lama daerah ini terpaksa bergantung kepada kemudahan hospital di Muadzam Shah, Pekan atau pun Kuantan. Sudah tiba masanya, daerah ini mempunyai kemudahan hospital sendiri.
Majlis dihadiri oleh orang kampung, murid-murid sekolah, staf kesihatan, staf kerajaan, peniaga dan seluruhnya...
Majlis dihadiri oleh orang kampung, murid-murid sekolah, staf kesihatan, staf kerajaan, peniaga dan seluruhnya...
kumpulan koir dan muzik tradisional menghiburkan DYMM Sultan Pahang dan tetamu yang hadir
Antara barisan orang kenamaan yang hadir
Antara yang hadir
DYMM Sultan Pahang dan tetamu kenamaan
Tuanku Baginda juga turut memberikan ucapan
Adik-adik comel dari Kedaik berpakaian cantik untuk berboria
Mesin penghentak bersedia untuk menghentak kolum sebaik sahaja Tuanku menekan butang
Kemudian, DYMM Sultan Pahang menandatangani plak sambil diperhatikan Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah
Plak peringatan yang telah Baginda Tuanku tandatangani
Kemudian setelah semuanya selesai, Baginda akan menaiki kenderaannya pulang ke istana.... atau ke mana sahaja....
Taip bahagian pos selebihnya di sini
Ahad, 17 Mei 2009
Uji Minda Anda
Fenomena Minda.
cuba anda baca ayat didalam kotak tigasegi. Adakah " 'A bird in the bush,'! and. ....... Tuuut..salah!!Lihat sekali lagi bahawa perkataan 'The' berulang 2x
Okey. Rajah kedua pulak...Perkataan apa yg anda lihat??
Perasan tak Good dalam tulisan berwarna hitam dan Evil dalam tulisan berwarna putih di dalamnya..
Pastu...tulisan di bawah pulak. Apa dia yang anda nampak??
Anda perasan tak yang "Optical" adalah tulisan berwarna putih manakala "Illusion" pula tulisan bergambar landskap ?? Patutlah perkataan ni dinamakan Optical Illusion
Next.... Nampak tak??
Tulisan Teach tapi bayangnya tulis Learn..!!
Yang terakhir.......
Anda nampak tak perkataan "Me" warna coklat dan perkataan "You" di dalam nya??
ALZHEIMERS' EYE TEST
Bilang, ada berapakah huruf ' F ' di bawah:
FINI SHED FILES ARE THE RE
SULT OF YEARS OF SCIENTI
FIC STUDY COMBINED WITH
THE EXPERIENCE OF YEARS...
(SEE BELOW)
Ada berapa ???
SALAH !!!! Sebenarnya ada 6Fs.... betul ni..
Tak caya?? Cuba tengok semula elok2.. sebelum baca kat bawah...
sebabnya ada kat bawah ni..
Otak kita tidak dapat memproses perkataan "OF"
Menakjubkan?? Sesiapa yang memang berjaya mengira 6Fs adalah Genius!!
O lny srmat poelpe can raed this.
I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in what oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is that the first and last ltteer be in the rgh it pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed this psas it on !!
I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in what oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is that the first and last ltteer be in the rgh it pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed this psas it on !!
Taip bahagian pos selebihnya di sini
Jumaat, 8 Mei 2009
Bersyukurlah..
Kalau anda rasa tak gembira, lihatlah mereka;
Gaji anda RM600.00 ajer ? lihatlah dia
kalau anda rasa anda tiada kawan, lihatlah dia;
Belajar itu menyusahkan ?? lihatlah dia:
Anda rasa penat dan putus asa ?? lihat lelaki ini..
kerja anda banyak dan tak padan dgn gaji yang kecik?? Agak ada macam orang ini ker??
Jalan tar kampung anda dah rosak ?? Lihat lah mereka ini...
Nikmatilah hidup ini seadanya.
Berhentilah mengeluh kerana ada orang yang menderita lebih dari kita.
Berhentilah mengeluh kerana ada orang yang menderita lebih dari kita.
Banyak perkara yang hanya nampak dimata sahaja tetapi jarang yang turun ke hati
Taip bahagian pos selebihnya di sini
Selasa, 5 Mei 2009
Sukan Angkat Berat di Kuala Rompin
Sukan angkat berat mempunyai sejarah pencapaian yang unik dan cemerlang serta pernah membantu mengharumkan nama negara di gelanggang antarabangsa biarpun tidak ramai peminat sukan tanah air yang menyedarinya. Negeri Pahang telah terbukti melahirkan ramai ahli angkat berat handalan negara seperti Amirul Hamizan Ibrahim dan Faizal Baharom sehingga satu ketika sempat menggegarkan sukan Komanwel Manchester 2002.
jurulatih en zul sedang melihat anak buahnya
Ternyata ini adalah hasil kewujudan Pusat Latihan Angkat Berat di Kuala Rompin, Pahang yang turut mendapat bantuan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Pahang (MSP).
Di pusat ini athlit-athlit yang berminat adalah dari seluruh negeri Pahang. Pusat akan mengadakan demonstrasi di sekolah-sekolah untuk memilih bakal athlit atau bintang untuk digilap supaya bersinar. Mereka mestilah berumur 23 tahun ke bawah. Kemudahan yang disediakan adalah asrama termasuk makan dan minum serta peralatan sukan yang lengkap. Memang kebanyakan athlit masih bersekolah, jadi mereka menghadiri SMK Rompin.
Bagi mereka ini, masa berlatih adalah pada sebelah petang sahaja iaiatu dari pukul 4.00-5.30 petang. Bagi yang telah tamat persekolahan, latihan harian bermula dari pukul 9.00 - 10.30 dan 4.00 - 5.30petang. Sabtu dan Ahad adalah cuti.
Makanan untuk para athlit merupakan sajian harian seperti kebanyakan kita tetapi ditambah dengan protein shake, pil vitamin, salmon oil (untuk pembesaran) dan air tenaga.
Pengasas pusat ini adalah ADO Zamri yang telah bertugas di Kuala Rompin pada tahun 1993. Jurulatih yang pertama adalah Che MAt. Pusat ini juga pernah mendapat khidmat jurulatih dari Bulgaria dan China. Pusat ini adalah yang pertama seumpanya di Negeri Pahang, semenjak itu dan tidaklah sia-sia usaha ADO Zamri kerana anak Kuala Rompin telah pun berjaya memasyurkan nama negara kerananya. Juga Kuala Rompin juga turut menerima tempias kemasyurannya.
Isnin, 27 April 2009
Rompin Diserang oleh Artis..!!
Pada hari Sabtu lepas (18/4), Bandar Kuala Rompin telah diserang oleh beberapa orang artis terkenal tanah air. Ini adalah gara-gara Astro yang membuat promosi besar-besaran di desa-desa seluruh negara.
Antara artis yang telah hadir ialah Zahid, Akma, Lotter, pelawak Noentry dan lain-lain. Sebenarnya saya ni tak berapa nak ingat nama-nama artis..walaupun remaja2 yang lain memang kenal mereka. Maklumlah..saya pun bukan remaja sangat lagi..harap artis2 tu tak kacil hati sebab saya tak tahu nama deme...
antara artis yang datang sesi bergambar, autograf dan bermesra
Anyway, kehadiran mereka telah memberi impak maksima kepada jumlah traffic ke bandar Kuala Rompin pada hari itu.. dan menggempakkan bangunan-bangunan sekelilingnya.. sempena dengan nama majlis Astro iaitu 'Gempak Astro'..kira best lah penduduk Kuala Rompin pada ari tu.. bukan senangnak jumpa artis2 nih percuma..Saya sebagai penduduk di sini berasa berbesar hati kerana mereka sudi hadir ke desa yang tak seberapa ini..pelawak no entry mengecohkan suasana...kat belakang..atas pentas..
khemah2 Astro yang didirikan..macam-macam siaran ada pada masa tu..
demikian lah sahaja liputan khas dari Kuala Rompin. Sekian
Taip bahagian pos selebihnya di sini
Langgan:
Catatan (Atom)














































