Isnin, 27 April 2009

Rompin Diserang oleh Artis..!!



Pada hari Sabtu lepas (18/4), Bandar Kuala Rompin telah diserang oleh beberapa orang artis terkenal tanah air. Ini adalah gara-gara Astro yang membuat promosi besar-besaran di desa-desa seluruh negara.

Antara artis yang telah hadir ialah Zahid, Akma, Lotter, pelawak Noentry dan lain-lain. Sebenarnya saya ni tak berapa nak ingat nama-nama artis..walaupun remaja2 yang lain memang kenal mereka. Maklumlah..saya pun bukan remaja sangat lagi..harap artis2 tu tak kacil hati sebab saya tak tahu nama deme...

antara artis yang datang sesi bergambar, autograf dan bermesra
Anyway, kehadiran mereka telah memberi impak maksima kepada jumlah traffic ke bandar Kuala Rompin pada hari itu.. dan menggempakkan bangunan-bangunan sekelilingnya.. sempena dengan nama majlis Astro iaitu 'Gempak Astro'..kira best lah penduduk Kuala Rompin pada ari tu.. bukan senangnak jumpa artis2 nih percuma..Saya sebagai penduduk di sini berasa berbesar hati kerana mereka sudi hadir ke desa yang tak seberapa ini..

pelawak no entry mengecohkan suasana...kat belakang..atas pentas..
khemah2 Astro yang didirikan..macam-macam siaran ada pada masa tu..
demikian lah sahaja liputan khas dari Kuala Rompin. Sekian




Taip bahagian pos selebihnya di sini

0 ulasan: