Memaparkan catatan dengan label PPIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPIK. Papar semua catatan

Ahad, 5 April 2009

Berkelah, BBQ , belajar dan beramah mesra

Pada hari Sabtu 4 April yang lalu, Kelab PPIK Rompin telah mengadakan aktivinya yang pertama iaitu berkelah di pantai. Tujuan aktiviti ini adalah supaya ahli-ahli kelab dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain dan beramah mesra sesama sendiri.

Sambil menunggu kehadiran yang lan, ahli kelab beramah mesra.
Wah! banyak makanan..
Seramai 12 orang ahli kelab telah hadir yang masing-masing membawa bekalan makanan untuk dikongsikan bersama. Selain dari menikmati keindahan Pantai Hiburan yang terkenal dengan suasana nyaman, angin yang agak kuat dan melihat ombak yang agak besar pada petang itu, cuaca yang baik telah membolehkan kami mengadakan sesi perbincangan untuk mengenalpasti masalah/peluang. Dari sini, ahli dapat belajar salah satu kaedah yang dapat diaplikasikan untuk menganalisis masalah yang dihadapi oleh komuniti dan mengambil peluang yang ada.

Cuaca yang memang best antara sebab program berjaya dilaksananakan
Ahli-ahli yang datang dibahagikan kepada 3 bahagian dan masing-masing berbincang dengan tajuk yang dipilih sendiri.
Apa tajuk perbincangan kita yek??
Selepas itu, ahli kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan kepada semua yang hadir.
Syuhada bersemangat menerangkan idea kumpulannya.

Ayam panggang dan jagung bakar pun ada.. hmm bestnyer..
BBQ dijaga oleh Pizi, Zikri dan Zizi..
Selepas penat berbincang, ahli-ahli kelab pun menjamu selera dengan makanan yang dibawa. Kelab bersurai pada pukul 6.00 petang.
Fida memang best. Selain mengandung 8 bulan, beliau membawa anak yang baru berusia 1 tahun lebih Akid, Fida memang bersemangat untuk datang memeriahkan aktiviti

Terima Kasih semua!!! Atas kerjasama korang, aktiviti kelab kita yang pertama telah pun BERJAYA mencapai mencapai matlamatnya.Apa aktiviti yang akan datang ?? Aktiviti lasak ?? Berkayak ?? Permainan ala Explore Race?? Wah.. korang semua ni memang suka benda yang mencabar yek..

Okey, kita tunggu ....!!!

Khamis, 2 April 2009

Lawatan Warisan Global Ke PPIK Rompin

En Fairul Amir dari Warisan Global sedang memberi penerangan mengenai latar belakang Warisan Global
Antara yang hadir menyaksikan sedutan photostory Pak Chat
Timbalan Pengerusi PPIK Rompin, En Mohd Hazairi, yang juga Penolong Pegawai Perpustakaan Rompin, khusyuk mendengar penerangan dari En Fairul Amir.
Dari sebelah kiri, Anisa dan Siti Aishah dari Warisan Global
Adik Hashikin bt Hamzah antara kumpulan yang pertama menerima Sijil Belajar Komputer dari KTAK.

Isnin, 19 Januari 2009

Poskan blog terus dari Emel Yahoo


Hari ini aku telah mendapat ilmu baru , di mana aku boleh terus poskan catatan dalam blog melalui emel yahoo. Ketika pos ini ditaip, ia ditaip daari emel yahoo... lepas aku tekan send, ia akan terus masukke draft folder di dalam blog PPIK kuala rompin...

Okey lah tu, tak susah sangat nak updatekan blog ni. Tapi nak buh gambo ajer lah yang kena masuk gak ke blog. Sajer je aku masukkan post ni dalam fail draft dulu..nak tengok semula nanti..kalau terus posting...kut salah ke apa ke..kan malu...

Okey..nak tekan send ni...

Mastura bt Kamarulzaman
Penyelia PPIK
Perpustakaan Awam Kuala Rompin
26800 Kuala Rompin
Pahang
Tel No. 013 7071997

Khamis, 15 Januari 2009

Scanner bermasalah..

Ari tu, SC saya pulak beri tugasan yang mana saya kena SCAN tugasan itu dan email kepadanya. SCAN ?? Saya tak penah pun buat scan ni kat printer tu..ntah boleh ntah tidak...Tekan2..usik sana usik sini..hmmm dah agak dah..memang tak boleh. Inform SC..SC jawab..scan tu memang bermasalah..so saya kena selesaikan sendiri...Dah..macamana nak buat ni ??Hmm.. tak apa..mula-mula bukak buku manual dulu...ikutkan step2nya...AH...mana pulak option UPDATE ni..kata ada dalam Start Program.. tak ada pun ???..AH...agaknya kena reload Full Program kut...hmmm...okey kita cuba...kena remove yang ada ni..pastu reload full program....pastu tunggu ..sampai program habis wat keje dia..wah lama gak ni..gi lunch dululah..(2.00pm) Okeh.. dah habis dah..kita nengok dalam Start program..Ahhh..dah ada Update button... Klik...klik..klik.... ish...apasal tak boleh ni ?? Hai kena telefon HP Customer servise nampaknya...


Oh Baik sungguh lah HP Customer Servise ni..memang dia tolong sungguh-sungguh..sampai bila credit saya habis..dia telefon semula...wow ini yang dikatakan Superb Customer Service...Ish ..lama gak customer service tu melayan kerenah saya..sampai dah pukul 5.00pm. Ni nak balik dah....Esok pagi sambung balik. Dia call pulak tu...maka nak dipendekkan ceritanya...sebab saya pun dah lupa apa yang saya cakapkan dengan Willy..si Customer Service tu...lepas beberapa kali remove program..reload semula..tekan sana tekan sini..remove semula..download software lain...tak cukup lagi download driver pulak...Aih..serius bebenor masalah scanner aku ni...dan selepas berapa lama menunggu entah...Habis dah hari kedua....Sambung lagi hari ketiga......customer service tu call lagi.. nak selesai kan masalah scanner ni..nak bagi dia boleh guna jugak... Selepas klik sana klik sini boleh dah update...masalah nya adalah Firmware yang berlainan...tak betul..download pulak firmware yang lain...Alhamdullillah..boleh guna dah....wah..syok sungguh rasa dapat menyelesaikan satu masalah teknikal...Jadi saya dengan gumbiranya.. menggunakan scanner dan hantarlah tugasan yang SC suruh tu....Situ dah habis 3 hari.. lagi 2 hari saya kenalah mengajar student yang tertangguh..update dalam database..update dlm rekod..kemas kini rekod-rekod..promosi lagi...Demikian lah sedikit antara tugas-tugas penyelia kat PPIK ni...

Selasa, 13 Januari 2009

Susun strategi untuk menarik komuniti

Cakap pasal nak susun strategi untuk menarik student datang belajar. Hmmm.. kena buat iklan..Kalu nak buat iklan, ayat kena power kalau tak orang tak nak baca..Penampilan iklan kena menarik...ringkas, padat dan berinformatif... Okeh..dah siap iklan..Maka pergilah saya berjalan ke seluruh bandar, bercakap dengan orang ramai..Idak le bercakap macam penjual ubat tu pulak..bercakap bertegur sapa dengan orang-orang yang saya kenal..bersembang sikit pasal PPIK ni,

ajak join kelas..yelah..kalau sebut internet memang bersepah kedai internet..tapi penuh dengan bebudak main games..bukan guna untuk manfaat. Jadi segelintir mak bapak pandang negatif ke internet ni..Tapi memang pun kalau tak berhati-hati ..gambar2 yang tak senonoh tu omputeh kata ‘just a click away’..aje..kalau tak pun..Tut dia flash kat screen ke..malah dalam friendster sekalipun..masuk friendster ntah sapa2 ..hmm ada pulak gambar tak senonoh.. Okeh.. habis dah bersembang dengan minum air segelas..kita berjumpa pulak dengan Tuk 4, Tuk Penghulu, pergi pejabat YBlah..pergi pejabat Belia lah...Persatuan Wanita lah..pergi ke sekolah-sekolah lah jumpa Pengetua ke.. Guru KoKO ke.....benda-benda ni memang banyak makan masa. Yelah..dah jumpa dengan tuk-tuk ketua..takkan nak cakap sepatah 2 kata aje..kenalah buat PR sikit.. Tapi kalau jumpa cikgu cepat ajer..sebab deme ni tak ada masa bersembang panjang2..nak mengajor lagi ..nak taip-taip lagi..pastu ader mak bapak menunggu giliran nak jumpa pulak... Ater..udah habis hari..maka balik lah saya ibarat burung pulang ke sarang...

Isnin, 12 Januari 2009

Network dah okey..

Assalamualaikum para pengunjung Blok PPIK Kuala Rompin.
Sudah hampir 4 minggu blog ini tidak diupdatekan. Ini kerana saya terlalu sibuk dengan tugas-tugas sebagai penyelia PPIK, seperti mengajar komuniti dan mempromosi PPIK . Bukan lah saya hendak banyak komen..memang telah menjadi tugas saya pun tetapi disebabkan kerana saya baru sahaja join PPIK ini sejak Disember 2008, maka banyaklah benda yang kena saya pelajari dan lakukan sebelum saya nak mengajar orang lain. Lagipun nak menulis blog ni..bagi sayalah.. kena fokus..kalau tak saya tak tahu nak mengayat dengan baik..

Oh ya..pasal mengajor komputer ni nasib baiklah saya mempunyai pendidikan komputer yang boleh dikatakan agak baiklah jugak. Semuanya berkat pengalaman dan ilmu yang telah saya dapat semasa saya bekerja dahulu. Jadi nak mengajar komputer tidaklah menjadi soal sangat. Tetapi hal-hal pengurusan yang banyak saya pelajari. Semasa saya mula masuk bekerja, PC memang dah siap dipasang. Pendawaian juga dah selesai. Tetapi networking pulak belum buat, walhal PC dah sampai sejak Oktober lagi. Nak masuk internet hanya boleh 1 PC, begitu juga dengan mencetak. Tapi, itu bukan masalah besar bagi saya.. kalau ada student nak belajar..saya teruskan juga ..


Akhirnya dalam bulan Januari 2009, barulah pihak yang berkenaan datang untuk membuat networking. Bukan jauh benor pun ,dari Kuantan aje. Nak set up LAN dan printer saya tengok mamat tu buat bukan susah mana..kalau diberitahu kepada saya stepsnya pun saya boleh buat..Sebab dia pun berpandukan kepada manual yang dicetak sendiri...tapi itulah..ilmu yang ada tak nak diajar..bila ada problem..padah....semua nak tunggu orang lain datang selesaikan. Semua ni selalunya menjejaskan produktiviti..

Selasa, 16 Disember 2008

Selamat Datang


Penubuhan PPIK

Penubuhan pusat ini adalah untuk menyampaikan hasrat kerajaan merapatkan jurang telekomunikasi di antara rakyat terutama yang berada di luar bandar. Ini adalah penting kerana perkomputeran dan masyarakat moden adalah seiringan. PPIK telah ditubuhkan pada 2007 dibawah Kementerian Tenaga Air dan Telekomunikasi dan dijalankan oleh Maxis.

Matlamat

Merapatkan jurang digital di kalangan rakyat

Objektif
1. Memberi Latihan IT percuma kepada masyarakat setempat tanpa mengira umur,bangsa dan agama.
2. Merapatkan jurang digital antara penduduk Bandar dan Luar Bandar
3. Melahirkan anggota komuniti dalam pembangunan sosial ekonomi dan sejarah tempatan
4. Memastikan setiap masyarakat khususnya penduduk Luar Bandar dan kawasan pendalaman menikmati kemudahan teknologi maklumat


PPIK Kuala Rompin beroperasi di Perpustakaan Awam Daerah K Rompin, Isnin hingga Jumaat, pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kemudahan seperti 3 buah flat screen komputer, sebuah printer/scanner/fotocopier, dan sebuah laptop, komuniti boleh merayau ke alam digital internet dan tenggelam bersamanya..dengan percuma sahaja.

Selain dari itu, komuniti juga diberi peluang untuk mempelajari ilmu perkomputeran seperti MIcrosoft Word, Excel dan powerpoint serta mengenali sedikit sebanyak mengenai perkakasan komputer. Pembelajaran diberikan secara percuma juga oleh seorang penyelia.
AJK PPIK

Pengerusi : Muhd Yusuf b Hamzah
Naib Pengerusi : Mohd Hazairi b Ariffin
Setiausaha : Mastura Kamarulzaman
Naib Setiausaha : Nyawati bt Abd Jalil
Bendahari : Ithasiah bt Mohamad
AJK
Abd Razak b Daud
Hj Rosli b Jaafar
Nordin b Sentol
Majid Ahmed
Salbian Muda
Abd Ghaffar b Ngah
Rahmah bt Ismail

Demikianlah sedikit sebanyak mengenai blog PPIK untuk kali ini. Sekian.