solat,
solatlah utk org yang tak solat
solatlah diawal waktu utk yg solat diakhir
waktu dan sengaja lambat2kan solat
solatla sebelum kita disolatkan,,
Rahsia Solat Awal Waktu
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuhmempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak
dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada
tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal
waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)dan kemudian
warna kuningmenandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali
dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren
ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang
lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya
berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigodan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada
waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang
sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.
Wallah Hu 'alam
0 ulasan:
Catat Ulasan