Sukan angkat berat mempunyai sejarah pencapaian yang unik dan cemerlang serta pernah membantu mengharumkan nama negara di gelanggang antarabangsa biarpun tidak ramai peminat sukan tanah air yang menyedarinya. Negeri Pahang telah terbukti melahirkan ramai ahli angkat berat handalan negara seperti Amirul Hamizan Ibrahim dan Faizal Baharom sehingga satu ketika sempat menggegarkan sukan Komanwel Manchester 2002.
jurulatih en zul sedang melihat anak buahnya
Ternyata ini adalah hasil kewujudan Pusat Latihan Angkat Berat di Kuala Rompin, Pahang yang turut mendapat bantuan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Pahang (MSP).
Di pusat ini athlit-athlit yang berminat adalah dari seluruh negeri Pahang. Pusat akan mengadakan demonstrasi di sekolah-sekolah untuk memilih bakal athlit atau bintang untuk digilap supaya bersinar. Mereka mestilah berumur 23 tahun ke bawah. Kemudahan yang disediakan adalah asrama termasuk makan dan minum serta peralatan sukan yang lengkap. Memang kebanyakan athlit masih bersekolah, jadi mereka menghadiri SMK Rompin.
Bagi mereka ini, masa berlatih adalah pada sebelah petang sahaja iaiatu dari pukul 4.00-5.30 petang. Bagi yang telah tamat persekolahan, latihan harian bermula dari pukul 9.00 - 10.30 dan 4.00 - 5.30petang. Sabtu dan Ahad adalah cuti.
Makanan untuk para athlit merupakan sajian harian seperti kebanyakan kita tetapi ditambah dengan protein shake, pil vitamin, salmon oil (untuk pembesaran) dan air tenaga.
Pengasas pusat ini adalah ADO Zamri yang telah bertugas di Kuala Rompin pada tahun 1993. Jurulatih yang pertama adalah Che MAt. Pusat ini juga pernah mendapat khidmat jurulatih dari Bulgaria dan China. Pusat ini adalah yang pertama seumpanya di Negeri Pahang, semenjak itu dan tidaklah sia-sia usaha ADO Zamri kerana anak Kuala Rompin telah pun berjaya memasyurkan nama negara kerananya. Juga Kuala Rompin juga turut menerima tempias kemasyurannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan