Isnin, 6 April 2009

Tuk.

Tuk adalah salah seorang pekerja di perpustakaan awam daerah Rompin. Hidupnya sangat ringkas.


Setiap hari sebelum dia sampai ke perpustakaan pada pukul 8.30 pagi, dia akan berjalan kaki dari rumah dengan adiknya ke pasar. Kemudian dia dan adiknya akan memulakan tugas menyapu dan membersihkan di dalam dan luar perpustakaan . Apabila hari telah mengjangkau ke pukul 2.00 petang, maka selesailah tugas Tuk di perpustakaan.


Apa yang menariknya tentang Tuk, walaupun umurnya telah menjangkau 71 tahun, dia masih sihat dan kuat. Penglihatan dan pendengarannya juga masih lagi elok.Masih mampu mencari rezeki untuk dirinya dan cucunya. Mungkin kerana dia banyak berjalan kaki kemana-mana yang dia handak pergi.Dia juga menggunakan air telaga sebagai air minuman. Setiap pagi dia akan membawa air telaga dari rumahnya ke perpustakaan untuk diminum, selalunya dia akan mencampurkan air yang dengan kembang semangkuk.

Tuk pasti tidak menjangka bahawa saya telah memasukkan cerita tentang dirinya dalam blog ini. Cerita mengenai Tuk menarik minat saya kerana terfikir oleh saya, pada usia seperti beliau, apakah saya akan memperolehi kesihatan sepertunya? Ini kerana, berapa ramai antara kita yang masih segar bugar dan mampu mencari rezeki dalam usia seperti Tuk? Dalam usia emas sepertinya, badan yang sihat dan pancaindera yang masih berfungsi dengan baik adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai sekali.

Rezeki itu bukanlah semata wang ringgit dan harta yang mencurah-curah ke atas riba dan poket kita, tetapi kesihatan dan fungsi tubuh yang berjalan lancar menrupakan rezeki yang sangat mahal harganya.

"Maka nikmat Allah yang mana lagikah hendak kamu dustakan"~Surah Ar-Rahman (ayat 13)~
Taip bahagian pos selebihnya di sini

0 ulasan: