Selasa, 31 Mac 2009

Keropok Lekor Rompin

Makcik Su merupakan salah seorang pengusaha keropok lekor di Rompin. Rumahnya terletak di Bandar Lama juga merupakan tempat di mana dia menjalankan perniagaannya.

keropok lekor yang telah siap direbus

Ikan yang digunakan untuk membuat keropok ialah ikan tamban. Oleh kerana Bandar Lama merupakan tempat bot-bot ikan berlabuh, maka kerja untuk mendapatkan ikan terus dari bot adalah senang.Jumlah ikan yang selalu dibeli mengikut jumlah yang mampu dibawa ke rumah dan bergantung juga kepada bekalan yang dibawa oleh tokey bot.
dapur memasak tepung yang telah diuli2


Setelah ikan dibersihkan, ikan dimesin sehingga hancur. Kemudian Makcik Su akan menggaulkan dengan tepung ubi , garam dan bahan perasa lain. Setelah itu, Makcik Su akan menguli adunan tadi dan digolek-golekkan menjadi batang-batang yang bulat. Saiznya mengikut harga dijual. Ada yang sebatang RM2.00 dan ada yang dijual RM1.00 sebatang.
yang ini RM1.00 sebatang

Sesiapa yang nak bawa ole-ole keropok ke rumah, silalah hubungi penyelia atau penulis cerita ini. Sekian

Sabtu, 28 Mac 2009

Menghargai kehidupan



Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh memilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini.


Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.


Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.


Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan.


Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi.


Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan.


Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan.


Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byk lagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.


Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhad apa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa.


Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan.




Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya











Sabtu, 14 Mac 2009

Hidup cemerlang.. Bagaimana?

Lamanya blog in tak di update. Bukan apa..rasa macam ketandusan idea. Perah -perahkan juga otak ni ..tapi..hai idea tak datang pulak..lama-lama tu..aih..tengok tv lah..mana tau ade benda menarik yang boleh dikongsikan.. Ada lah pulak cerita motivasi dari Dr Fadzillah Kamsah, yang bercerita tentang hidup Cemerlang.
Antara yang sempat saya catatkan dalam lappy adalah:




Berniat sebelum pergi kerja:
1) Nak cari rezeki halal
2) Nak bersihkan diri dari dosa dengan bekerja kuat
3) Nak menjadikan diri lebih baik dari semalam
4) Nak berkongsi ilmu dengan masyarakat
5) Nak menambahkan ilmu
6) Nak mengukuhkan silaturrahim

so..saya pun termenung sebentar... kerja sebagai penyelia PPIK ni banyaklah kebaikannya yerk..? Berkongsi ilmu, mengukuhkan silaturrahim.. yelah..menjadi Guru ni, ramai yang nak kenal... boleh katakan suma point yang dicatatkan adalah menjadi ciri utama Penyelia PPIK ni..
Okey..sambung lagi..

Kalau ada benda baik..lakukan SEGERA, jangan tunggu 48 jam..
Ye.. 48 jam sebenarnya adalah masa yang panjang.. jadi kalau kita tunggu..niat nak buat baik yang berkobar2 tu..akan terpadam dengan sendirinya.

Perangai orang yang Cemerlang:
Manusia ini mempunyai 5 perangai. Jadi yang mana satu perangai yang membentuk perangai Cemerlang??

1) Berperangai manusia
2) Berperangai binatang
3) Berperangai syaitan
4) sifat malaikat
5) sifat Tuhan
Buangkan sifat binatang dan syaitan.. usaha untuk kekalkan sifat Tuhan

Untuk menjadi cemerlang juga, kita perlulah mematuhi 3 perkara:
1) Ikut ajaran Tuhan
2) Ikut nasihat orang bijak pandai
3) Ikut nasihat ibu bapa

Budaya yang perlu dibentuk dalam diri untuk menjadi Cemerlang adalah:
1) Sense of survival
2) Sanggup bersusah payah
3) kenali kelemahan diri dan baiki kelemahan itu
3) Betulkan EQ .. tidak mudah marah, patah semangat, kecewa
4) Betulkan IQ ...banyakkan berdoa

Ujian kehidupan merupakan suatu cabaran untuk kita menjadi lebih kreatif dan sabar. Musibah yang datang sekiranya dihadapi dengan penuh kesabaran, akan diiringi dengan hasanah demi hasanah. Sentiasalah bersemangat. Setia kepada pasangan. Banyakkan kemahiran dan ilmu yang berguna. IStiqamah dengan kelebihan yang ada.. walaupun kita cuma ada 1 sahaja kelebihan.

Bijak pandai berkata, orang yang gagal cuma ada 1 kelemahan tetapi dilakukan berulang kali.


Sekian.




Sabtu, 7 Mac 2009

Adakah kita telah bersyukur ..?


Jika kita ada rumah utk berteduh, ada tempat utk tidur, ada makanan di rumah, ada pakaian utk dipakai, maka kita lebih kaya drpd 75% penduduk dunia. Jika kita ada wang di dalam poket kita dan mampu berbelanja utk waktu senang dan susah, maka kita lebih kaya dp 8% penduduk dunia.


Jika kita bangun pagi dlm keadaan sihat walafiat, kita sebenarnya berada dlm keadaan nikmat yg sgt besar dan agung. Berapa ramai penduduk dunia yg tidak mampu utk hidup spt ini krn penyakit yg dihidapi.

jika kita boleh bersolat berjemaah di masjid tanpa rasa takut ditangkap atau dibunuh, maka kita berada didalam nikmat yg tidak boleh dikecapi oleh rakyat Palestin, contohnya.




Jika kita tidak pernah merasa ketakutan peperangan, makanan penjara atau disiksa, kita berada dlm nikmat yang besar

Jika kita tersenyum dan besyukur kpd Allah s.w.t maka kita berada dalam nikmat. Ramai yang boleh melakukannya tetapi tidak melakukannya.

Jika kita org Islam, maka kita mendapat nikmat yg agung krn berapa byk org bukan Islam di dunia dan mati dlm kekafiran, sepatutnya kita bersyukur kpd Allah swt krn memilih kita sbg muslim dan mudah2an mati sebagai seorang muslim

Dgn itu, wajiblah kita mensyukuri nikmat Allah swt ke atas kita yg tak terhitung byknya..
Firman Allah swt yg bermaksud, (jika kamu menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu menghitungnya)

Lihatlah kpd tubuh badan kita, tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, air, udara dan segala2 yang kita ada..dipenuhi dgn nikmat dunia namun kita tidak sedar dan tidak tahu.





Mahukah kita menukarkan mata kita dgn segunung emas? Atau menukar pendengaran kita dgn segunung perak? Adakah kita sanggup menukar lidah kita dgn batu permata agar kita menjadi bisu?

Sesungguhnya kita berada dlm nikmat yg sgt banyak ttp kita tidak menyedarinya. Kita hidup dlm kemewahan dan kesenangan sejak bermulanya pagi hinggalah malam. Kita makan dr rezeki Allah swt dan menggunkana segala nikmatnya yg lain namun tidak pernah menjadi hamba Allah yang sentiasa beribadah kpdnya, dgn kata yg sebenar

Jgn kita menjadi manusia yg menyedari nikmat Allah swt ttp tidak mensyukurinya.

Sekian.