Jumaat, 26 Disember 2008

Selamat Datang ke Daerah Kuala Rompin















Ketika ini daerah Kuala Rompin adalah terkenal dengan aktiviti memancing di sungai dan laut samada di dalam mahupun di luar negara. Kedudukan daerah yang berhampiran dengan alam semulajadi - laut, hutan dan sungai, menjadikan Kuala Rompin terkenal dengan aktiviti lasak seperti 4WD, meneroka taman negeri Endau - Rompin serta Pulau Tioman. Udang galah juga merupakan tarikan utama di Kuala Rompin ....

Berikut adalah maklumat mengenai tarikan yang ada di sini (dipetik dari portal http://www.idesa.net.my/ --terima kasih kepada Awy@ idesa.net.my)

Bersantai di Bandar Udang Galah
Kuala Rompin semakin pesat dengan pelbagai aktiviti laut dan darat serta keindahan persekitaran yang menyegarkan pasti memikat pelancong


Melihat matahari terbit dari laut selepas Subuh di Kuala Rompin Pahang, memang menyegarkan mata sekali gus melapangkan fikiran.

Terletak di Daerah Rompin, Kuala Rompin semakin menjadi sebutan sebagai destinasi pelancongan mahupun kaki pancing yang mengenali Kuala Rompin sebagai "Bandar Udang Galah". Jolokan nama bandar itu yang dikaitkan dengan udang galah bukanlah satu omongan kosong atau legenda. Datanglah ke Kuala Rompin dan berkunjung ke Kampung Leban Chondong, kira-kira 16 kilometer dari bandar itu, anda boleh menikmati masakan udang galah dalam pelbagai rasa.

Tumpuan pelancong antarabangsa kini bukan saja untuk menikmati udang galah di bandar itu, sebaliknya mencuba gelanggang Laut China Selatan yang menempatkan ikan layaran serta marlin untuk dipancing. Hobi memancing ikan layaran dan marlin menjadikan Kuala Rompin pusat sukan memancing baru yang menarik, malah dikatakan ikan layaran besar pernah ditemui di perairannya.



Satu daripada lokasi jajaran ikan layaran terbesar di Asia, selain Amerika Syarikat dan Australia. Royal Pahang Billfish International Challenge telah meletakkan Kuala Rompin sebagai pusat sukan memancing dunia dan mencuri tumpuan pemancing antarabangsa.


Laut China Selatan yang terbentang dan mempunyai beberapa lubuk ikan seperti Karang Do, Karang Cha, Karang Bubu, Batu Kerapu, Tukun Tayar, Batu Tok Keramat menjadi tumpuan kaki pancing kategori laut. Mereka bukan sekadar memancing sebaliknya kaki pancing mencari kemahiran atau keseronokan berada di tengah lautan yang membiru.
Keadaan ini menjana pendapatan penduduk tempatan untuk menjadi pengusaha bot pelancongan serta membawa pelancong bergembira dan menikmati keindahan di tengah Laut China Selatan itu sambil memancing. Banyak pemancing tidak mendaratkan hasil tangkapan seperti ikan layaran dan marlin, sebaliknya mereka cuma mencari kepuasan dan teknik memancing yang betul. Ikan dilepaskan kembali ke laut setelah diambil gambarnya.

Jajaran pantai yang indah, bersih dan tidak tercemar menjadi bukti apabila berkunjung ke Pantai Hiburan Rompin. Sebagai pantai destinasi pelancongan keluarga dan tempat riadah, Pantai Hiburan Rompin menyajikan pelbagai pertunjukan hiburan khususnya pada hujung bulan ataupun sambutan sesuatu perayaan seperti Hari Merdeka, Hari Belia, Hari Pekerja dengan pertunjukan kesenian.


MANDI manda di Pantai Hiburan Rompin wajar juga sesekali, bagi menghilangkan penat dan letih setelah bertungkus lumus bekerja. Stres juga mampu dihilangkan apabila dapat bersama keluarga bersantai dan berkelah serta makan-makan di bawah pohon ru.

Deretan pohon ru itu juga dikatakan menjadi punca nama "Rompin" yang dikenali pada hari ini. Ia sentiasa sesak dikunjungi pelancong.Rompin Fest, yang dahulunya dikenali Pesta Rompin dinanti-nantikan penduduk tempatan. Rompin Fest diiktiraf kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, yang memasukkan aktiviti Rompin Fest ke dalam kalendar pelancongan Pahang serta negara sebagai satu daripada produk pelancongan dan tempat yang wajar dikunjungi bagi melihat perkembangan bandar dan daerah itu.Pelbagai aktiviti seperti sukan rakyat, permainan tradisional, pertunjukan kebudayaan, kesenian, pameran, hasil kraftangan, makanan tradisional, jualan ditunjukkan untuk tontonan orang ramai. Dengan pelbagai tema, Rompin Fest masih mengekalkan konsep hiburan dan rekreasi keluarga.
Pulau Ducong antara tumpuan kaki pancing kerana di pulau itu dikatakan terdapatnya spesies kerapu baka baik dan besar. Ikan jenis ini pula suka bersembunyi di kawasan berbatu. Tali pancing yang sesuai dengan kerapu perlu disediakan secukupnya.Walaupun anda bukan seorang pencipta alam, tetapi berkehendakkan sedikit ketenangan dan kedamaian di tengah rimba, pilihan yang tepat adalah mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin.Kegiatan berbasikal menjadi pilihan utama kerana kawasan berbukit dan mudah memasuki kawasan sukar sambil berjalan kaki. Namun basikal yang digunakan adalah basikal istimewa dan khusus bagi tujuan itu.

Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil laluan Kuala Lumpur-Bahau-Muadzam Shah-Rompin-Taman Negara. Dengan perjalanan kira-kira empat hingga empat jam setengah, tindakan anda mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin berbaloi. Dari Kuantan ke Rompin pun, kira-kira dua jam perjalanan.Kejernihan air dan jeram berbatu
JIKA anda dari Johor Bharu, anda hanya perlu ke Mersing-Tanjung Gemok, kemudiannya ke bandar Kuala Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Selendang Satu dan beberapa minit kemudiannya anda sudah memasuki Taman Negeri Endau-Rompin.BOT sedia menunggukaki pancingdi Kuala Rompin.Taman Negeri Endau-Rompin berpusat di Kem Geruggul dan di situ juga letaknya pertemuan Sungai Endau dan Sungai Sekinchin yang tenang, damai dan sejuk mata memandang. Kejernihan airnya dengan sedikit jeram berbatu untuk mandi dan berendam lama di airnya yang ternyata sejuk.
Rumah rakit yang terdapat di sepanjang Sungai Rompin juga menjadi tumpuan, dengan pelbagai tujuan termasuklah menikamti suasana malam di rumah rakit, memancing ataupun meninjau kehidupan Sungai Rompin secara semula jadi.Rumah rakit milik Orang Asli menampakkan ciri-ciri tradisional dengan penggunaan daun nipah sebagai atap dan dindingnya, termasuklah alat tangkapan ikan dan udang tradisional seperti bubu dan geluguh digunakan secara meluas oleh masyarakat Orang Asli di sepanjang Sungai Rompin itu.
Kuala Rompin turut menjadi pilihan kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak. Malah banyak aktiviti sukan peringkat negeri dan kebangsaan dijayakan dengan baiknya di sini. Penganjuran sukan lasak seperti pacuan empat roda 4x4, Canoe Fest, sukan angkat berat, motosikal lasak, berbasikal dan woodball sering berlangsung sama ada di Kuala Rompin, Muadzam Shah, Lanjut Golden Beach Resort, Summerset At Rompin, Pulau Tioman, Sungai Rompin mahupun Taman Negeri Endau Rompin.

Isnin, 22 Disember 2008

Fakta Menarik Tentang Kuala Rompin


  1. Jolokan nama ‘Bandar Udang Galah’ diberikan kepada Kuala Rompin oleh Jabatan Perikanan Negeri Pahang kerana sumbangan daerah itu yang mampu menghasilkan udang galah semula jadi daripada sungai utamanya, Sungai Rompin serta dapat menghasilkan benih udang galah baka baik.

  2. Taman Negeri Endau-Rompin meliputi kawasan seluas 40,197 hektar diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal yang mempunyai topografi yang berbukit bukau, menarik, nyaman serta terdapat tumbuh-tumbuhan dan haiwan seperti badak sumbu, harimau, gajah, rusa, termasuk binatang yang hampir pupus seperti ‘babi janggut’ dan burung. Hutan ini juga menjadi pusat penyelidikan hutan tropika, di samping pusat rekreasi keluarga.


  3. Pihak swasta turut membangunkan kawasan pantai Rompin dengan kemudahan penginapan dan tarikan pelancongan. Ini termasuklah Rompin Beach Resorts (RBR), Lanjut Golden Beach Resorts, Summerset At Rompin, Rest House Kuala Rompin, Rumah Rehat Persatuan Nelayan Rompin, Hotel Seri Malaysia di Tanjung Gemok. Di Pulau Tioman terdapat Hotel Berjaya serta beratus-ratus rumah rehat dan chalet yang dibangunkan penduduk tempatan di Pulau Tioman.

  4. Menurut beberapa catatan sejarah, sejumlah kapal dan jong milik pelayar China, Portugis, Belanda dan British East India Company dipercayai pernah berlabuh di sini. Malah pada Sudut Muzium Pulau Tioman terdapat juga catatan tentang penemuan kapal dan jong yang tenggelam itu serta beberapa penemuan artifak purba oleh penduduk tempatan.

  5. Pada 31 Julai 1976, Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dan memasyhurkan daerah Rompin sebagai sebuah daerah penuh serta menjadi daerah ke-9 dalam negeri Pahang Darul Makmur.

Ahad, 21 Disember 2008

Laman Web Menarik

Berikut adalah beberapa laman web yang boleh dilayari untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika melawat ke daerah ini.
1. Laman web virtual travel
http://www.virtualtourist.com/travel/Asia/Malaysia/Negeri_Pahang/Kuala_Rompin-1281917/TravelGuide-Kuala_Rompin.html

2. Laman web Pahang Tourism mengenai Kuala Rompin
http://www.pahangtourism.com.my/tropical/index.html

3. Minat trekker ??
http://pahangtrekker.malaysiatrekker.com/kualarompin_hotels.htm

4. Kaki pancing...share pengalaman ini
http://www.pancing.net/index.php?topic=1037.0

5. Laman web taman negeri Endau-Rompin
http://www.pahang-delights.com/endau-rompin-state-park.html

6. Laman web KTAK
http://www.idesa.net.my/

Taip bahagian pos selebihnya di sini



Selasa, 16 Disember 2008

Selamat Datang


Penubuhan PPIK

Penubuhan pusat ini adalah untuk menyampaikan hasrat kerajaan merapatkan jurang telekomunikasi di antara rakyat terutama yang berada di luar bandar. Ini adalah penting kerana perkomputeran dan masyarakat moden adalah seiringan. PPIK telah ditubuhkan pada 2007 dibawah Kementerian Tenaga Air dan Telekomunikasi dan dijalankan oleh Maxis.

Matlamat

Merapatkan jurang digital di kalangan rakyat

Objektif
1. Memberi Latihan IT percuma kepada masyarakat setempat tanpa mengira umur,bangsa dan agama.
2. Merapatkan jurang digital antara penduduk Bandar dan Luar Bandar
3. Melahirkan anggota komuniti dalam pembangunan sosial ekonomi dan sejarah tempatan
4. Memastikan setiap masyarakat khususnya penduduk Luar Bandar dan kawasan pendalaman menikmati kemudahan teknologi maklumat


PPIK Kuala Rompin beroperasi di Perpustakaan Awam Daerah K Rompin, Isnin hingga Jumaat, pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kemudahan seperti 3 buah flat screen komputer, sebuah printer/scanner/fotocopier, dan sebuah laptop, komuniti boleh merayau ke alam digital internet dan tenggelam bersamanya..dengan percuma sahaja.

Selain dari itu, komuniti juga diberi peluang untuk mempelajari ilmu perkomputeran seperti MIcrosoft Word, Excel dan powerpoint serta mengenali sedikit sebanyak mengenai perkakasan komputer. Pembelajaran diberikan secara percuma juga oleh seorang penyelia.
AJK PPIK

Pengerusi : Muhd Yusuf b Hamzah
Naib Pengerusi : Mohd Hazairi b Ariffin
Setiausaha : Mastura Kamarulzaman
Naib Setiausaha : Nyawati bt Abd Jalil
Bendahari : Ithasiah bt Mohamad
AJK
Abd Razak b Daud
Hj Rosli b Jaafar
Nordin b Sentol
Majid Ahmed
Salbian Muda
Abd Ghaffar b Ngah
Rahmah bt Ismail

Demikianlah sedikit sebanyak mengenai blog PPIK untuk kali ini. Sekian.