Khamis, 15 Oktober 2009

Cara-cara meletakkan graphic, glitter text ke dalam blog telecentre

Wahai penyelia PPIK.. dah updatekan blog telecentre? Kalau ada penyelia yang tak  boleh log-in, boleh lah rujuk ke posting saya dibawah. Cara memasukkan gambar pun ada ditunjukkan

Kali ni saya nak berkongsi adengan anda semua macamana nak letakkan Glitter Text atau gambar bergerak ke dalam blog telecentre anda.

Mula-mula pergi ke laman grafik kesukaan anda. Contohnya kat sini:




Kemudian, tuliskan apa-apa mesej yang anda suka untuk ditampal pada blog anda :




Kemudian copy kod HTML di kotak yang disediakan:



Buka blog telecentre, login, masuk ke blog dan pergi ke "add new entry'



Di sini, masukkan 'Tajuk anda' dan pada bahagian 'Blog Entri', pilih 'Basic Text Box' dan pilih 'HTML'..Kemudian, paste kan kod HTML yang anda copy dari web glitter ke dalam 'Blog entri'. Tekan
' Update'



Okey..dah siap...Anda juga boleh masukkan apa-apa juga grafik lain yang mempunyai kod HTML dengan cara ini..



Okey..selamat mencuba....

Taip bahagian pos selebihnya di sini

Rabu, 14 Oktober 2009

Log-In Blog Telecentre

Berikut adalah cara2 nak log in dalam blog di telecentre.my. (Klik pada gambar utk besarkan)



Penting !! Kena gunakan Mozilla. Kalau tak, sesetengah function tak akan dipaparkan. Kalau tak ada Mozilla, kena download lah..contoh cam kat atas..


Kalau dah ada Mozilla, masuk ke web telecentre.



Pas tu pergi ke bawah sebelah kiri, tekan di butang 'Senarai Telecentre"



Scroll dan cari nama PPIK anda, dan klik




Kemudian setelah anda masuk ke telecentre anda, tekan 'Blog'



Kemudian paparan seperti di atas akan keluar. Kemudian tekan perkatan 'Login' seperti di atas





Masukkan Nama dan Password seperti di rajah di atas..





Dah pun login..

Cara untuk memposting gambar ke dalam blog anda, ada di tajuk seterusnya..di bawah....

Isnin, 12 Oktober 2009

GAthering Penyelia PPIK Pahang


Gathering ini sebenarnya telah lama diadakan, iaitu pada 2 August 2009. Idea ini timbul dikepala saya apabila kontrak penyelia-penyelia PPIK dikatakan akan tamat pada penghujung bulan September. Oleh kerana ada penyelia yang tidak pernah bertemu, maka dari situlah kami berpakat untuk menetapkan satu tarikh dan tempat untuk beramah mesra.



Tempat gathering ialah di Pantai Cherating, Kuantan. Lokasi yang agak jauh bagi sesetengah penyelia yang datang dari Lipis, Raub dan Rompin namun kami tetap setuju kerana ia tempat yang menarik selain daripada menjadi kunjungan pelancong tempatan dan luar negeri untuk beristirehat. Tapi sebenarnya pada pandangan saya lah..tempat ni tak jauh beza pun dengan Pantai Hiburan di Kuala Rompin, malah Pantai Hiburan lebih cantik. Tak caya?? Tengok kat bawah..

Pantai Cherating



Yang bawah ni pulak, Pantai Hiburan Kuala Rompin








Setelah penat memandu berjam-jam lamanya, kami pun bersua muka sambil menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap yang disediakan oleh penyelia dari Balok, Natisah






Di pertemuan itu, saya berpeluang berkenalan dengan penyelia dari Felda Kemasul, Bentong iaitu Mimi, penyelia dari Damak, Jerantut iaitu Mazlan, penyelia dari Mengkarak, Bera iaitu Suriatie, penyelia dari Jeruas, Raub iaitu Iszaidee, penyelia dari Bukit Nikmat, Bera iaitu Rosmawati dan penyelia dari Pulau TAwar iaitu Norhazwani


Iszaidee memberikan posing atau jelingan, duduk di sebelah Mimi


Penyedia makanan Natisah berbaju hitam, duduk sebelah Wani dan Suriatie



hmm..Lan sempat lagi melayari internet..

Ada selepas makan, ada yang turun ke laut untuk mandi manda..ada yang bersembang dan melayari internet. Hmm..pada masa entri ini ditulis, Mimi telah mendapat kerja lain di Putrajaya, Lan pula dah tamat kontrak. Saya doakan korang berjaya dalam bidang yang korang pilih..dan penyelia-penyelia yang lain kalau dah jumpa haluan masing-masing, harap kami sentiasa di dalam kenangan korang.