Sabtu, 28 Februari 2009

Apa pendirian kita?? Berkata benarlah walaupun ianya pedih....

Saya memang tak fahamlah dengan pendirian sesetengah daripada kita, rakyat Malaysia..umat Islam khususnya.. saya rasa satu dunia telah diwar-warkan tentang realiti ini..bukan propaganda lagi. Fakta ini telah pun disebut dalam majalah, tv, suratkhabar, internet SMS dan ntah2 apa2 lah lagi.

Adakah anda telah lupa??


Hari Sabtu lepas saya dan anak2 telah naik ke bandar Kuantan untuk bertukar angin..sesaja nak menghirup lebihan karbon monoksida yang dilepaskan oleh ribuan kenderaan yang memenuhi setiap penjuru dan jalanraya di Kuantan.

Untuk mengelakkan cuaca panas..kami masuk ke salah satu mall yang terdapat di situ..dan terlihatlah satu realiti yang menyedihkan tentang pendirian kita sebagai umat Islam. Saya bercakap tentang usaha kita memerangi kaum Yahudi dengan melemahkan ekonomi mereka. Usaha ini bukanlah hangat2 tahi ayam...ia adalah usaha berterusan sehingga ke akhir hayat...Apakah anda semua telah lupa apa yang telah kaum itu lakukan kepada Umat Islam di GAza..perlukan saya paparkan gambar2 menyedihkan di sini utk mengingatkan anda semua tentang ini??

Saya tidak menyuruh anda semua pergi berperang .. tetapi merayu agar bersatulah kita sebagai umat ISlam.. sedih saya lihat umat Islam berpusu-pusu menyerahkan duit mereka kepada Yahudi agar kaum itu dapatlah berperang lagi dgn orang Islam Palestin..meyembelih mereka, merobohkan rumah..mengebom bandar2....anak2 kecil hilang ibu bapa..manakala ibu bapa di sini seronok2 memnyuapkan burger McDonald ke mulut anak2nya sambil itu di belakang mereka.. Yahudi membunuh ibu bapa dan kanak2 kanak ISlam di Palestin..adakah mereka sedar?? atau tidak peduli???

lihat lah mereka ..kenapa mereka lupa??
kenapa mereka tidak peduli??
setiap ringgit yang diserahkan kepada mereka
adalah satu peluru untuk tubuh saudaramu di Palestin
tak bolehkah hidup tanpa ice cream Mc Donald??
Mungkin anda berkata..ahh..Tunggulah pembalasan dari Allah untuk yahudi itu....namun..sebagai umat ISlam..apakah yang telah kita lakukan?? Kita juga akan ditanya di akhirat nanti...apakah usaha kita memerangi kaum Yahudi??? Apakah cukup kita mengeluh..menyesal , bercakap lepas tu bila lapar..ajak kawan2 makan ayam KFC ??
Bersatulah umat islam...

Rabu, 25 Februari 2009

Memancing di Chalet Kg Merchong

pemandangan chalet dr sungai
pemandangan sungai dari chalet
Setelah sekian lama blog ini tidak diupdatekan. Entah mengapalah tetiba angin kemalasan melanda...Malam ini bertemankan lagu2 yang mendayu..akan ku coba melawan mata yang semakin berat dan hati yang menyuruh2 ... tido lah tido lah....Ish..



Back to the topic. Ari ni nak tulis pasal satu lokasi yang menjadi secret kepada pemancing2 tegar...Welcome to Chalet Kg Merchong. Sebenarnya kampung ni dah dalam daerah Pekan dah..tapi kalau dari Bandar Rompin cuma 1/2 jam ajer...Lokasi 100km from Kuantan, 323 km from KLand 300km from Johor.
antara bot-bot yang menjadi bertuah



Tempat ini mempunyai tarikan tersendiri dengan alam semulajadi, dekat dengan laut dan muara sungai. Pemancing2 seharusnya akan menjadi lebih riang dan tersenyum girang dengan keadaan tempat ini kerana membayangkan hasil tangkapan yang best2 dan pengalaman yang pasti dicemburui oleh rakan2 pejabat.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:


1. Memancing di sungai atau di laut

2. River cruising - RM2.00 seorang

3. River trip - RM80.00 sejam max 8 orang per bot fiber

4. Menjala/menyuluh udang - RM250.00 2-3 jam (max 6 orang per bot)

5. Menangkap/menyuluh ketam - RM250.00 2-3 jam (max 6 orang per bot)

6. Melihat kunang-kunang

7. Hari Keluarga

8. Bilik Seminar

9. Bilik penginapan (a/cond atau biasa)

10. Kem motivasi

11. Jungle trekking

chalet ber a/c
selesaaa.....ala nak gi mancing ajer...
nak rilek ke..nak lepak ke..nak bertenet..layannnnn

Chalet :

RM60.00 /room (a/c)

RM45.00 / room (kipas)

RM 35.00 / room (day use maximum 4 hrs)

Sewa bot:

Laut: (32 kaki) RM950.00 max 7 orang ,(32 kaki) RM600.00 max 5 orang

(daily) termasuk pemandu dan minyak (fiber)

Sungai :RM80.00 - 200.00 tidak termasuk pemandu dan minyak (fiber)

Tongkang: RM1,000.00 (laut) 2 hari 1 malam

Pakej bot: RM200.00 seorang, 1 hari (minimum 8 orang) termasuk chalet dan makanan


Wei..ader banyak lagi kemudahan...fishing equipmentlah, tapak khemah, khemah, kayak, seminar room, family day dan yang paling penting......DISCOUNT!! Nak tau???

call Chalet Kg Merchong
26680 Pekan, Pahang
09 417 0778
chaletmerchong@yahoo.com
En Kamar 013 9315214
Pn Zalina 012 9011506